Karolina WH

Karolina WH

Share

* Pembekal Produk Nusantara Asli Alami
* Whatsapp: +6018 372 6787
* Email: [email protected]

Photos from Karolina WH's post 09/06/2026

1. Jika ke hutan, yang saya wajib bawa:
Parang
Lighter
En Suami

Jika parang, lighter ada tapi en suami takde..cancel plan πŸ˜†

2. Ke kebun pun sama.

Kalau en suami keluar, saya takkan masuk kebun walau pun kebun di dalam kawasan rumah terutama jika kena naik ke atas bukit walau pun ada 2 ekor anjing ganas penjaga kebun πŸ˜…

3. Ketika keluar ke hutan atau ke kebun, perkara pertama dibuat ialah memasang api.

Banyak sangat kegunaan memasang api ini.

4. Antaranya elak dari binatang buas dan serangga berbisa menghampiri.

5. Saya tidak akan mulakan apa-apa aktiviti berkebun tanpa hidupkan api.

6. Jika kawasan yang baru masuk itu terlalu bersemak, biasanya saya akan bakar KEMENYAN HUTAN.

7. Bukan sebab mistik bagai tetapi bau kemenyan tidak digemari binatang dan serangga berbisa.

8. Ini antara amalan orang terdahulu terutama di waktu maghrib atau jika masuk ke kawasan yang lama ditinggal.

9. Masyarakat MELAYU NUSANTARA terdahulu sangat TINGGI ILMU dalam WANGIAN dari alam.

10. Boleh baca banyak perkongsian saya mengenai ini yang mana orang Eropah ratusan tahun dahulu BELAJAR dengan kita bukan sebaliknya.

11. Saya akan asapkan badan terlebih dahulu sebelum mulakan aktiviti berkebun atau masuk ke semak samun.

12. Malah jika terkena sengat lebah, orang-orang dahulu akan asapkan badan supaya sengat hilang.

13. Alhamdullilah setakat ini tiada insiden yang tidak diingini berlaku walau pernah berhadapan sangat dekat dengan babi hutan bertaring siap dengan burung bertenggek di atas kepala dan ibu babi hutan bersama anaknya. Mereka hanya bergerak pergi πŸ˜…

14. Alhamdullilah jarang-jarang sangat kena pacat walau di musim hujan.

15. Alhamdullilah nyamuk pun tidak terlalu menganggu..dapat tidur malam dengan tingkap terbuka πŸ€—

16. Sebenarnya binatang buas ini akan ELAK manusia sebaik mungkin melainkan mereka rasa diri mereka terancam.

17. Masih juga ingat kata-kata Urang Kanekes ketika kala jengking lalu di tepi kaki saya. β€œBiarkan ia pergi ke arah tujuannya”.

18. Pernah seekor ular besar berbatik putih kuning terjatuh dari pokok durian besar di hadapan saya. Alhamdullilah ia berlalu pergi.

19. Kami di KELEKAK cuba sebaik mungkin untuk tidak membunuh binatang atau serangga sebarangan. Seekor semut pun kalau boleh tak nak bunuh πŸ˜₯

20. Setiap makhluk ALLAH ada fungsi masing-masing.

21. Kita sebagai KHALIFAH ALLAH di muka bumi ini sangat besar tanggung jawab.

22. Pelestarian alam itu merupakan sebahagian dari ibadah.

23. Alam punah maka punahlah kehidupan manusia.

24. DIET dan PERUBATAN sangat berkait rapat dengan PELESTARIAN ALAM.

25. Jika alam punah, PEMAKANAN dan UBAT dari alam juga turut punah.

26. Setiap produk seperti SERBUK KUNYIT GULA KABUNG KRISTAL; TEMULAWAK CEKUR GULA KABUNG KRISTAL dan TEH SIRIH ini dihasilkan dari bahan-bahan dari alam tanpa bahan sintetik atau diproses supaya kita semua dapat manfaat optima.

27. PELESTARIAN ALAM sangat penting supaya kita dapat menikmati PEMAKANAN dan UBAT dari alam yang ALLAH kurniakan untuk hamba-hambaNya di dunia tanpa masalah.

28. Kerana PEMAKANAN adalah UBAT πŸ’ͺ🏽πŸ’ͺ🏽πŸ’ͺ🏽

Moga ALLAH permudahkan urusan kita semua ❀️❀️❀️

β€”> FOOD AS MEDICINE πŸŒ΄πŸŒΏπŸƒπŸŒ±

https://linktr.ee/KarolinaWH

Photos from Karolina WH's post 29/01/2026

β€’ Serbuk Kunyit Gula Kabung Kristal
β€’ Gula Kelapa Kristal

These items are now restocked. Can be purchase here:

1. Shopee shopee.com.my/karolinawh
2. Tiktok https://www.tiktok.com/
3. Website www.karolinawh.one

Thank you 😊

Photos from Karolina WH's post 22/01/2026

🍎 MALAY APPLE | JAMBU BOL

Buah ini dinamakan Malay Apple oleh orang Eropah. Ratusan tahun dahulu ia juga dikenali sebagai Malaccan Apple kerana banyak ditanam di Melaka sebelum jatuh ke tangan Portugis. Dari Melaka, bijinya dibawa ke Goa dan disebarkan ke dunia.

Jambu bol kaya dengan vitamin C, malah lebih tinggi daripada epal. Sejak ratusan tahun lalu, ia dimakan sebagai buah segar dan dijadikan ubat semula jadi untuk menyegar badan, menghilangkan dahaga dan menguatkan perut.

Rumphius mencatat 400 tahun dahulu bahawa buah dan bunganya dijadikan ramuan pemulihan untuk demam panas, masalah perut dan keletihan. Kulit batangnya p**a digunakan sebagai mouthwash untuk merawat seriawan.

Pokok jambu bol adalah tumbuhan asal Nusantara β€” setiap bahagiannya bermanfaat.
Inilah khazanah ilmu dan alam yang suatu masa dahulu membuat orang Eropah belajar daripada kita untuk terus hidup.

Hari ini, jambu bol mula berbuah di KELEKAK 🌳
Dimakan segar, cicah gula kabung kristal & garam mata air πŸ˜‹
Asli, alami, tanpa proses.

Moga khazanah ilmu dan alam warisan kita kembali dijulang, kerana di situlah tersimpan jawapan kepada banyak masalah kesihatan hari ini. 🌿✨

21/01/2026

Membuat COKLAT SEBENAR yang BERKHASIAT sangat mudah!

Tanpa bahan yang memudaratkan.

Bahan-bahan:
60g Blok Kakao Santan
1 sudu besar Minyak Nyior Tanak
1/4 sudu kecil Garam Mata Air
2 sudu besar Kacang Kenari panggang; cincang kasar.

Cara membuat ada di video.

Moga bermanfaat ❀️❀️❀️

β€”> FOOD AS MEDICINE πŸŒ΄πŸƒπŸŒΏπŸŒ±

https://linktr.ee/KarolinaWH

Photos from Karolina WH's post 15/01/2026

Serbuk Kakao Santan & Blok Kakao Santan boleh dibeli di semua platform jualan online (Website, Shopee & Tiktok) Karolina WH tepat pukul 8PM pada 15 Jan 2026 (Khamis)

1. Shopee shopee.com.my/karolinawh
2. Tiktok https://www.tiktok.com/
3. Website www.karolinawh.one

Terima kasih 😊

Photos from Karolina WH's post 02/01/2026

Madu Urang Kanakes (Madu Baduy) jenis Pahit & Manis boleh dibeli di semua platform jualan Karolina WH pada 3 Jan 2026 tepat pukul 8PM

1. Shopee shopee.com.my/karolinawh
2. Tiktok https://www.tiktok.com/
3. Website www.karolinawh.one

Terima kasih 😊

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Shah Alam

Opening Hours

Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 15:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 15:00