Q LIFE - Your Health & Beauty Companion, Wherever You Are! Q LIFE provides quality healthcare and skincare products to distributors, retailers & consumers.
Q LIFE merupakan sebuah syarikat bumiputra yang telah lama membuat kajian dan pemantauan tentang keperluan dan keberkesanan produk-produk kesihatan dan kecantikan di Malaysia. Didorongi oleh keinginan untuk membantu individu-individu yang seringkali dibelenggu masalah kulit seperti alahan, jeragat, jerawat dan sebagainya, Q LIFE telah membuat kajian yang lebih mendalam bagi mencari satu formula ya
ng boleh mengatasi masalah-masalah kulit tersebut. Dengan keazaman dan dedikasi yang sepenuhnya, Q LIFE telah berjaya menemui formula yang berupaya menangani pelbagai masalah kulit yang lazimnya dihadapi oleh warga tempatan, khususnya golongan pemuda yang baru melangkah masuk ke tahap akil baligh dan juga golongan wanita dari pelbagai peringkat umur. Oleh yang demikian, setelah beberapa ketika, Q LIFE telah mengambil keputusan untuk turut serta di dalam industri ini dengan menyediakan produk-produk kesihatan dan kecantikan secara halal yang bermutu tinggi agar memberi kesan yang efektif, sekaligus membantu memperbaiki kesihatan dan penampilan para pengguna produk Q LIFE. Justeru itu, Q LIFE berharap dapat memberi sumbangan yang penuh makna kepada para penggunanya agar mereka dapat menjalani kehidupan yang berkualiti dengan penuh keyakinan. Seiringan dengan visi Q LIFE ini, semua produk Q LIFE telah berdaftar dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).