Wan Niaga
Saya menjual popia simpul.. Dan juga product perfume muslim care halalan toyyiba..
04/05/2017
Seorang jejaka yang tidak lulus ujian masuk universiti, dinikahkan oleh orang tuanya dengan seorang gadis pingitan di pekan dan ada pertalian.
Untuk memberi nafkah kepada isterinya, dia mencuba menjadi guru sekolah tadika dan mulai mengajar. Oleh sebab tidak mempunyai kelulusan latihan mengajar, belum sampai satu minggu dia sudah diberhentikan.
Setibanya di rumah, si isteri cuba menenangkannya dengan berkata: "Banyak ilmu dalam kepala, ada orang yang boleh menuangkannya, dan ada p**a yang tidak. Tidak perlulah bersedih kerana hal ini. Mungkin ada pekerjaan lain yang lebih sesuai sedang menanti."
Kemudian dia mencuba p**a pekerjaan lain, namun dipecat juga kerana tidak cekap.
Si isteri merenung wajah suaminya seraya berkata: "Kecekapan seseorang itu berbeda, orang lain sudah bekerja beberapa tahun lamanya, abang hanya lepasan sekolah; bagaimana boleh jadi cekap?"
Dia mencuba lagi dengan pelbagai pekerjaan lain, namun tidak ada satu pun yang berhasil; semuanya gagal di tengah jalan.
Namun demikian, setiap kali dia p**ang dengan patah semangat, si isteri yang setia terus sahaja memberikan kata-kata perangsang; dan tidak pernah sedikit pun mengeluh.
Bila sudah berumur 30-an dan punya anak kecil 3 orang, dia mulai mendapat berkat sedikit demi sedikit melalui bakatnya berbahasa; dan menjadi seorang pembimbing di Pusat Ehsan.
Kemudian dia membuka kedai kecil-kecilan menjual alat-alat bantu bagi orang-orang cacat, serta berhasil p**a membesarkan kedai tersebut.
Akhirnya dia menjadi pembekal tetap bagi peralatan orang cacat. Dan maju, serta memiliki kekayaan yang bertapak dari kedainya itu.
Suatu hari, dia yang sekarang sudah berjaya, bertanya kepada isterinya: "Kenapakah ketika dulu masa depanku sedang suram, adik tetap begitu percaya padaku?"
Jawab si isteri sangat sederhana: "Sebidang tanah yang tidak sesuai ditanami gandum, boleh dicuba untuk ditanami kacang. Jika kacang pun juga tidak boleh tumbuh dengan baik, dicuba lagi tanami buah-buahan. Jika buah-buahan pun juga tidak boleh tumbuh, maka semaikanlah dengan bibit gandum hitam, pasti akan berbunga, kerana pada sebidang tanah itu pasti ada bibit yang sesuai untuknya; dan boleh menghasilkan tanaman yang bersesuaian p**a."
Mendengar penjelasan si isteri, menitislah air dari kelopak matanya kerana rasa terharu.... Keyakinan yang kuat, serta ketabahan dan kasih sayang si isteri, bagaikan sebutir bibit hitam yang harum lagi unggul.
Prestasi dirinya adalah berkat keajaiban bibit unggul yang kukuh hingga tumbuh kembang jadi kenyataan.
Di dunia ini tidak ada seorang pun yang menjadi sekadar sampah merempat, akan tetapi seseorang itu hanya tidak berada di tempat yang tepat dan berkat.
Setelah membaca cerita ini, jangan dibiarkan sepi sahaja, teruskan hantar kepada orang lain.
Anda akan ikut berbahagia apabila orang yang tadinya susah berhasil mengubah kehidupannya.
Lapan kalimat di bawah ini adalah intisari kehidupan :
1. *Orang yang tidak tahu menghargai sesuatu, biarpun diberi gunung emas tidak akan boleh merasakan kebahagiaan.*
2. *Orang yang tidak boleh bertolak-ansur, seberapa banyak pun temannya, akhirnya akan bersendirian.*
3. *Orang yang tidak tahu bersyukur, seberapa pintar sekalipun, tidak akan berjaya.*
4. *Orang yang tidak bertindak berlandaskan kenyataan, seberapa cerdas sekalipun; tidak akan tercapai cita-citanya.*
5. *Orang yang tidak mahu bekerjasama dengan orang lain, seberapa giat sekalipun kerjanya tidak akan mendapatkan hasil yang terbaik.*
6. *Orang yang tidak mampu menyimpan, dapat rezeki terus pun; tidak akan boleh menjadi kaya.*
7. *Orang yang tidak mahu merasa puas (qanaah), seberapa kaya pun tidak akan bahagia.*
8. *Orang yang tidak menurut nasihat orangtua, sekalipun dia bekerja kuat; hidupnya tidak akan berkat.*
# Di dunia ini *TIDAK ADA ANAK NAKAL.*
# Di dunia ini *TIDAK ADA ANAK BODOH.*
Salam *4* Sya'ban...
11/04/2017
Jika tiba-tiba rasa 'down' sekejap dengan bisnes, saya selalu akan ingat kembali akan Abdul Rahman bin Auf dengan kisah kurma busuknya.
Kata Rasulullah saw, Abdul Rahman bin Auf r.a akan masuk syurga akhir sekali kerana terlalu kaya.
Ini kerana orang yang paling kaya akan dihisab paling lama.
Maka mendengarkan ini, Abdul Rahman bin Auf r.a pun ligat kepala otaknya berfikir, bagaimana agar boleh jadi miskin balik supaya dapat masuk syurga awal.
Selepas Perang Tabuk, kurma di Madinah yang ditinggalkan sahabat menjadi busuk. Lalu harganya jatuh. Abdul Rahman bin Auf r.a pun menjual semua hartanya, kemudian memborong semua kurma busuk milik sahabat r.hum tadi dengan harga kurma bagus.
Kesemuanya bersyukur..Alhamdulillah..kurma yang dikhuatiri tidak laku, tiba-tiba laku keras! Diborong semuanya oleh Abdul Rahman bin Auf.
Sahabat gembira.
Abdul Rahman bin Auf r.a pun gembira.
Semua happy!
Sahabat lain gembira sebab ada sales.
Abdul Rahman bin Auf r.a p**a gembira sebab jatuh miskin!
MasyaAllah..hebat kan?
Cuba kalau kita?
Bisnes goyang sikit, pakat teriak tak tentu arah dah.
Abdul Rahman bin Auf r.a berasa sangat lega, sebab tahu akan bakal masuk surga dulu.
Ye lah, sebab sudah miskin.
Namun.. Subhanallah..perancangan Allah itu memang paling terbaik.
Tiba-tiba, datang utusan dari Yaman membawa berita, Raja Yaman mencari kurma busuk.
Rupa-rupanya, di Yaman sedang berjangkit wabak penyakit menular, dan ubat yang boleh menyembuhkannya adalah KURMA BUSUK!
Utusan Raja Yaman berniat memborong semua kurma Abdul Rahman bin Auf r.a dengan harga 10 kali ganda harga kurma biasa.
Allahuakbar..
Jadi..yang beri rezeki itu datangnya dari kurma yang bagus atau kurma yang busuk?
ALLAH swt lah yang Memberi Rezeki.
Ibrah dari kisah ini sangat special buat saya sebab ia buat saya sangat YAKIN bahawa rezeki itu totally dari Allah. Bukan sebab bisnes kita itu sudah cukup bagus atau produk kita yang terbaik yang akan beri kita sales yang banyak.
Kadang-kadang, KEYAKINAN dalam hati kita itu yang belum cukup kuat dan bulat...
We plan but Allah has also planned everything for us.
If something goes wrong, it went wrong for a good reason.
Semoga kisah ini dapat menyuntik kembali semangat dalam diri sahabat yang sedang diuji perniagaannya..β€
Setiap kejayaan memerlukan kesabaran..
09/04/2017
Mengapa orang kafir sebaik mana pun tetap dimasukkan ke dalam neraka.
Jawapan yang membuat seorang pemuda terdiam.
Pemuda: Ada seorang yang terlalu baik, anti rasuah, membina masjid, rajin menderma sehingga hidupnya dikorbankan untuk menolong orang, lalu suatu hari telah meninggal dunia dan dia bukanlah seorang muslim. Dia akan masuk syurga atau neraka ?
Dr. Zakir Naik:
Neraka.
Pemuda: Eh ? Kan dia orang baik. Kenapa masuk neraka ?
Dr. Zakir Naik:
Kerana dia bukan Muslim.
Pemuda: Tapi dia orang baik. Ramai orang dapat manfaat dan bantuan disebabkan dia, bahkan umat islam juga. Malah pembinaan masjid. Apakah jahat kah tuhan kalau orang sebaik dia dimasukkan ke dalam neraka juga.
Dr. Zakir Naik:
Allah swt tidak jahat, tapi hanya adil.
Pemuda:
Adil dari segi mana ?
Dr. Zakir Naik:
Kamu sekolah setakat mana ?
Pemuda: Saya ini master sains lulusan USA, kenapa ?
Dr. Zakir Naik:
Bagaimana kamu boleh mendapat lulusan master sains dari USA ?
Pemuda: Kerana saya belajar di sana. Pelajar lulusan universiti sana.
Dr. Zakir Naik:
Apakah nama kamu didaftarkan di sana. Kamu mendaftar ?
Pemuda: Ya, terang jelas, ijazah nya masih baru.
Dr. Zakir Naik:
Sekiranya waktu itu kamu tidak mendaftar, tapi kamu tetap ke sana, hadir setiap kuliah, senyap2 ambil peperiksaan, malah kamu telah mendapat markah yang sempurna, adakah kamu akan mendapat ijazah. ?
Pemuda: Tentu tidak. Itu namanya mahasiswa haram, walaupun dia bijak, dia tidak berdaftar sebagai mahasiswa, universiti mempunyai peraturan nya.
Dr. Zakir Naik:
Bermakna universiti kamu itu jahat, ada orang yang begitu bijak tidak diberikan ijazah hanya kerana semata-mata tidak mendaftar ?
Pemuda: Terdiam.
Dr. Zakir Naik:
Bagaimana ?
Pemuda: Ya. Itu bukan jahat. Itu adalah peraturan. Mahasiswa itulah yang bersalah kerana dia tidak mahu mendaftar, akibatnya dia tidak mendapat ijazah dan gelaran resmi dari kampus.
Dr. Zakir Naik:
Lihatlah. Universiti pun mempunyai peraturan nya sendiri, apatah lagi peraturan dunia dan akhirat ini. Kalau syurga diibaratkan ijazah, dunia ibarat bangku kuliah, maka syahadah ibarat pendaftaran. Maka tidak mungkin kita akan diakui dan mendapat ijazah, walaupun kita mengikuti kuliah dan mampu melaluinya dengar gemilang. Ini adalah peraturan. Menerapkan nya bukanlah kejahatan tetapi merupakan keadilan.
Pemuda: Terdiam. Tanpa berkata2.
08/04/2017
Masih tercari-cari wangian yg sesuai . ππ
Biar saya syorkan perfume TERLAJAK WANGI
Kenapa terlajakwangi? Saya terangkan yeaa .πππ
πΈ EDP
πΈ Tahan Lebih 8jam
πΈ Sah dibawa solat
πΈ Pati Asli (Abstrak Tumbuhan)
πΈ Teknik Eco Booster (melembutkan perfume)
πΈ Tiada Alkohol
πΈ Terdapat lebih dari 60 wangian antarabangsa
Terdapat jugak Wangian Kereta . πππ
Hanya Rm10 sahaja
=====================
Kuantiti 5ml (mudah bawa)
Dengan semburan mudah
====================
Dan kotak yang sangat cantik .πππ
Berminat??
Pm saya agen wangian anda πππ
01132547173
13/02/2017
Moga selamat smpi pde yg empunya...
17/01/2017
Ikhtiar terbaik masalah kulit bagi seusia baby sehingga dewasa!
Sabun limau purut Al-Insyirah
Harga RM25
Postage RM5 semenanjung
Postage RM10 sabah/sarawak
3 ketul RM65
Pos percuma semenanjung
pos sabah swk RM5
Cara nak beli
Whatsap ke 01132547173 atau PM inbox kami
~~~ Mengandungi extrak limau purut, dan lain2 bahan khas khusus untuk masalah gangguan,kurap,kudis,kelemumur,kudis kepala,exzema,psoriosis
04/12/2016
Tahukah anda Rezeki ada 4 jenis?
1) Rezeki yang Allah dah jamin semua dapat. - surah Hud ayat 6
2) Rezeki yang diberi Allah mengikut kadar usahanya. - surah al-Najm ayat 39 -
3) Rezeki yang Allah tambah jika kita bersyukur. - surah Ibrahim ayat 7 -
4) Rezeki yang datang secara tidak disangka bg orang yang bertawakal. - surah al-Thalaq ayat 2&3
Semoga bermanfaat,
28/10/2016
Terima ksh Abg Mat Data kerana mempercayai produk sabun herba aromaterapi al-insyirah..
18/10/2016
_Ada *3* Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :_
*1. Waktu*
*2. Kata-kata*
*3 . Kesempatan*
_Ada *3* Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg:_
*1. Kemarahan*
*2. Keangkuhan*
*3. Dendam*
_Ada *3* Hal yg tidak boleh hilang:_
*1. Harapan*
*2. Keikhlasan*
*3. Kejujuran*
_Ada *3* Hal yg plg berharga:_
*1. Kasih Sayang*
*2. Cinta*
*3. Kebaikan*
_Ada *3* Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :_
*1. Kekayaan*
*2. Kejayaan*
*3. Mimpi*
_Ada *3* Hal yg membentuk watak seseorg :_
*1. Komitmen*
*2. Ketulusan*
*3. Kerja keras*
_Ada *3* Hal yg membuat kita sukses :_
*1. Tekad*
*2. Kemahuan*
*3. Fokus*
_Ada *3* Hal yg tidak pernah kita tahu :_
*1. Rezeki*
*2. Umur*
*3. Jodoh*
*TAPI,* _ada *3* Hal dalam hidup yg_ *PASTI :*
*1. Tua*
*2. Sakit*
*3. Kematian.*
*_Ya Tuhan, insan yg membaca ini adalah insan yg kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya.._*
13/10/2016
Assalamualaikum, dimaklumkan kepada semua pihak MASJID PERODUA ada mengadakan program sehari bersama masjid Perodua pada 16/10/2016 (Ahad). Program ini bertujuan memperkenalkan masjid Perodua kepada semua masyarakat tidak kira Islam mahupun bukan Islam. Selain itu, tujuannya adalah untuk memberitahu semua bahawa masjid Perodua adalah untuk SEMUA (bukan untuk staff Perodua sahaja). Antara aktiviti yang dijalankan oleh pihak masjid Perodua adalah qiamullail dan kuliah subuh oleh DA'IE HAZMAN (finalis dai'e 2016). Kuliah Dhuha oleh Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz. Selepas Zuhur ada bicara Al-Quran bersama ustaz Tarmizi TV9. Motivasi Maghrib oleh ustaz Abu Aswad. Pada pukul 9.00 malam ada malam cinta rasul bersama Syeikh Abdullah Jahaf serta qasidah dari yayasan Restu.
Antara acara yang MENARIK ialah aktiviti Memanah dan Berkuda, Pameran 4x4, Superbike dan Team Alza Club. Bagi makan rabbit. RAWATAN ISLAM secara percuma. CABUTAN BERTUAH terbuka kepada semua pengunjung yang hadir ke Masjid Perodua pada 16/10/2016 (Ahad). JOM MERIAHKAN program ini. Moga-moga Allah memberikan petunjuk kepada kita semua, InsyaAllah.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Perodua HQ
Rawang
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when Wan Niaga posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.