DIBA KYLA

DIBA KYLA

Share

202603002942(003809749-P)

18/07/2026

Ws je tau, Janji Dib reply. hehe

Jangan tunggu lama2, hujung bulan slot biasa penuh. Klik link bio atau www.wasap.my/60169221317

03/07/2026

2MINGGU NI JE OPEN SLOT

Lepas tu Dib hibernate sekejap ye. Cepat ya mana yang nak urut tu, jangan tunggu last susah nak adjust nanti😊

Cepat klik link di bio
www.wasap.my/60169221317/Nak2
Atau ws 0169221317

01/07/2026

Carpal tunnel syndrome sebenarnya berlaku bila saraf median di pergelangan tangan tersepit dalam satu ruang sempit yang dipanggil carpal tunnel.

Ruang ini memang kecil, dan di dalamnya ada saraf serta tendon yang menggerakkan jari.

Bila ada bengkak, tekanan, keradangan, atau posisi pergelangan tangan yang kerap membengkok, ruang itu jadi lebih “sempit” lalu menekan saraf.

Sebab itu simptom dia biasanya bukan sekadar “sakit tangan”. Ia lebih kepada kebas, mencucuk-cucuk, berdenyut, rasa terbakar atau semut-semut terutama pada ibu jari, jari telunjuk, jari tengah dan sebahagian jari manis. Jari kelingking biasanya tidak terlibat kerana ia dikawal saraf lain, bukan saraf median.

Yang klasik, pesakit selalu rasa lebih teruk waktu malam atau awal pagi. Kadang-kadang sampai terjaga tidur dan perlu menggoncang-goncang tangan untuk rasa lega.

Lama-kelamaan, kalau saraf terus ditekan, tangan boleh jadi lemah, mudah terlepas barang, susah memegang benda kecil, dan otot di pangkal ibu jari boleh mengecil.

Puncanya bukan semestinya sebab menaip sahaja. Risiko boleh meningkat dengan kerja yang banyak menggenggam, membengkokkan pergelangan tangan, alat bergetar, kehamilan sebab fluid retention, diabetes, rheumatoid arthritis, hypothyroid, obesiti, atau sejarah patah/cedera pergelangan tangan.

Banyak kes juga berlaku tanpa satu punca yang jelas.

Rawatan awal biasanya fokus untuk kurangkan tekanan pada saraf: pakai wrist splint terutama waktu malam, elak aktiviti yang kerap membengkokkan pergelangan tangan, rehatkan tangan secara berkala, dan ubah ergonomik kerja.

Ubat tahan sakit boleh bantu sakit sementara, tetapi ia tidak semestinya menyelesaikan punca tekanan pada saraf. Untuk kes tertentu, doktor boleh pertimbangkan suntikan steroid atau pembedahan kecil untuk “melepaskan” tekanan pada saraf.

Ringkasnya, carpal tunnel syndrome ini bukan masalah “urat tegang” semata-mata. Ia lebih tepat difahami sebagai saraf yang tersepit di laluan sempit pergelangan tangan. Bila saraf tersepit lama, signal ke jari terganggu. Sebab itu rasa kebas, mencucuk dan lemah boleh berlaku.

Kalau kebas makin kerap, sakit sampai ganggu tidur, tangan mula lemah, atau barang selalu terlepas dari genggaman, elok diperiksa awal sebelum saraf tertekan terlalu lama.

Credit to: Public Health Malaysia

Ingat urut, Ingat Kyla tau.

30/06/2026

5 PUNCA LEHER KAKU YANG RAMAI TAK SANGKA

Bukan semua leher kaku berpunca daripada “salah tidur”.

Kadang-kadang puncanya benda yang kita buat setiap hari.

1. Scroll phone terlalu lama
Leher tunduk lama. Otot belakang leher terpaksa kerja lebih kuat untuk tahan kepala.
2. Duduk menghadap laptop tanpa rehat
Posture membongkok boleh buat otot leher dan bahu jadi tegang. Ini antara punca biasa neck pain.
3. Stress yang disimpan dalam badan
Bila stress, ramai orang tak sedar bahu terangkat, rahang mengetap, leher menegang.
4. Mengetap gigi waktu tidur
Bruxism atau tabiat mengetap/mengisar gigi boleh berlaku tanpa sedar, terutama semasa tidur. Ia boleh menyebabkan sakit rahang dan sakit kepala, kemudian rasa tegang boleh merebak sekitar leher dan bahu.
5. Bantal terlalu tinggi atau posisi tidur pelik
Tidur dalam posisi janggal, atau bantal terlalu banyak/terlalu sedikit, boleh menyebabkan leher kaku bila bangun pagi.

Tapi jangan ambil ringan kalau leher kaku datang bersama demam tinggi, sakit kepala kuat, muntah, keliru, ruam, sensitif pada cahaya atau terlalu mengantuk.

Itu bukan “salah bantal”.

Itu red flag. Leher kaku juga boleh menjadi salah satu tanda meningitis dan perlu pemeriksaan segera.

Jangan tunggu sampai susah nak gerak baru nak peduli.

Kadang-kadang leher bukan sakit sebab kita tua.

Tapi sebab kita terlalu lama duduk, tunduk, tahan stress dan abaikan badan sendiri.

Credit to: Public Health Malaysia

18/05/2026

InsyaAllah jumpa cuti sekolah nanti. Minggu ni penuh, minggu depan Dib takde tau😊🤗

21/03/2026

Selamat Hari Raya 😊🙏

09/03/2026

✨ PROMO TERAPI RAMADAN KHAS UNTUK MUSLIMAH ✨

Ada kenal sesiapa yang waktu Ramadhan ni badan dia rasa penat, sakit-sakit, lesu & lemau akibat tak cukup rehat, tidur dan stress kerja?

Kadang badan dah terlalu penat tapi nak urut lama rasa mahal kan…
Takpe. Jangan risau! Ramadan ni DIBA KYLA buat special sikit.

Tambah RM19 je → boleh urut sampai 2 jam! 😍

Yang lagi best anda cuma perlu tunggu di rumah dan certified therapist DIBA KYLA akan datang ke rumah anda.
Lepas je urut boleh terus rehat.
Therapist perempuan & InsyaAllah privasi terjaga.

📍 Area servis:
* Gombak • Selayang • Kota Damansara • Sungai Buloh • Puncak Alam
* Damansara Damai
* Sri Damansara *Saujana Utama *Kuang *kundang

Nak harga promo ni mudah je:
✔️ Tunjukkan poster promo ni masa booking

Ramai customer dah cuba dan bagi feedback positif.
Boleh tengok review dekat page kami sendiri 👍

⚠️ Slot Ramadan biasanya cepat penuh.
Untuk lock slot:
Perlu buat deposit sebelum Isnin, 9 March 2026. Duit burn sekiranya cancel last minit tanpa alasan munasabah. Minimum 1x je tukar atas alasan yang diterima oleh kami.

Kalau badan dah mula rasa lenguh-lenguh tu…
ini lah masanya nak manjakan diri lagi-lagi sebelum nak travel balik kampung untuk Raya 😉

📩 DM / WhatsApp
www.wasap.my/60169221317/ramadan26

Atau klik dibio

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Kuala Lumpur