First Impression Academy PLT
First Impression Academy PLT
Latihan tenaga pengajar, kecantikan dan penjagaan diri. Kursus • Bengkel • Program Komuniti
📍 Inanam, Sabah
📱WhatsApp 012-2349327
30/09/2026
📢 SEGERA: KAMI MENCARI KRU UNTUK RITMA KINABALU 2026!
First Impression Academy PLT membuka 2 kekosongan bagi setiap jawatan:
💅 Nail Technician — sambilan, komisen bagi setiap servis. Pengalaman minimum 2 tahun diperlukan.
✨ Event Crew / Promoter Jualan — RM80 sehari. Pengalaman jualan diperlukan.
📍 Padang Merdeka, Kota Kinabalu
📅 2–4 Oktober 2026
⏰ 8 jam sehari mengikut syif
Pemohon perlu berumur 18 tahun ke atas, mempunyai pengangkutan sendiri dan boleh bertugas sepanjang tiga hari. Butiran tugas dan kelayakan ada pada poster.
Mohon melalui WhatsApp: 011-3668 3690 / 012-234 9327. Nyatakan jawatan yang dipohon, nama, umur, lokasi dan pengalaman. Untuk Nail Technician, sertakan gambar hasil kerja kuku anda.
16/09/2026
Selamat Hari Malaysia ke-63 🇲🇾
Terima kasih kerana terus bersama kami.
Semoga negara tercinta terus maju dan makmur.
FIVY®
First Impression Academy 🌺
31/08/2026
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 🇲🇾
Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita, menguatkan usaha kita dan membuka lebih banyak ruang untuk berkembang, berkarya serta memberi manfaat kepada masyarakat.
“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”
Salam Merdeka daripada seluruh warga First Impression Academy. ✨
31 Ogos 2026
20/08/2026
🎓 TAHNIAH & SYABAS! 🎓
Pada 31 Julai lalu, selepas 5 bulan menimba ilmu dan pengalaman praktikal bersama kami, 4 orang pelajar OJT (On-the-Job Training) dari Kolej Vokasional Keningau telah berjaya menamatkan latihan industri di First Impression Beauty & Academy! 🥳💐
Sepanjang tempoh tersebut, pelajar-pelajar kami telah didedahkan kepada:
✨ Brow Lamination & Lash Lift
✨ Make Up
✨ Brow shaping & styling
✨ Facial Treatment & Face Massage
✨ Gel Manicure & Pedicure
✨ Wellness & Body Massage Therapy
✨ Penghasilan kandungan digital (digital content creation) untuk promosi perkhidmatan kecantikan
✨ Real client handling — dari konsultasi sehingga after-care
✨ Disiplin kerja, komunikasi profesional & etika industri kecantikan sebenar
Inilah kepentingan OJT / latihan industri, ia bukan sekadar teori dalam kelas, tetapi jambatan sebenar antara pembelajaran dan alam pekerjaan. Pelajar keluar dengan portfolio, keyakinan, dan kemahiran yang diiktiraf industri.
🌸 Kepada anak-anak didik kami, tahniah sekali lagi atas komitmen dan usaha sepanjang 5 bulan ini. Perjalanan baru sedang menanti di hadapan, teruskan belajar, teruskan berkembang, dan jangan pernah berhenti mengejar impian dalam dunia kecantikan. Pintu First Impression Academy sentiasa terbuka untuk kalian kembali, sama ada sebagai pelanggan, rakan sekerja, mahupun sesama pengusaha suatu hari nanti. Semoga sukses dalam apa jua langkah seterusnya! 🤍✨
📍 First Impression Academy (Inanam) adalah pusat latihan berdaftar yang menawarkan kursus kecantikan & kemahiran, program Train-The-Trainer (TTT), TVET-i, serta kursus make-up profesional, sesuai untuk anda yang ingin bina kerjaya dalam industri kecantikan atau membuka perniagaan sendiri.
💬 Berminat nak sertai kelas seterusnya atau hantar pelajar untuk latihan industri di academy kami?
📩 Hubungi kami sekarang untuk maklumat pendaftaran & kemasukan!
15/08/2026
SEBENARNYA PERLU NCS-004:2017 (Train-The-Trainer)? 🎓
TTT bukan hanya untuk mereka yang sudah bergelar pengajar.
Ia juga sesuai untuk anda yang:
✨ Pemilik salon / beauty centre dan mahu melatih staf dengan lebih tersusun
✨ Sudah berpengalaman dalam industri dan mahu berkongsi kemahiran dengan kaedah yang lebih profesional
✨ Sedang merancang untuk membina kelas, kursus atau akademi sendiri
✨ Bakal pengajar yang mahu memahami asas penyampaian dan latihan orang dewasa
Kemahiran dalam industri itu penting. Tetapi kemahiran mengajar juga perlu dibina.
Daripada seorang *practitioner* kepada seorang *trainer* yang lebih tersusun, yakin dan profesional.
Nak tahu lebih lanjut tentang laluan NCS-004:2017 (Train-The-Trainer)?
📲 WhatsApp: 012-2349327
📍 First Impression Academy PLT
14/08/2026
✨ KURSUS BARANG KEMAS MUTIARA — 3 JAM SAHAJA! ✨
Nak belajar hasilkan barang kemas mutiara sendiri walaupun tiada pengalaman? 💎
First Impression Academy PLT berkolaborasi bersama Dorisch.co membawakan Kursus Express Barang Kemas Mutiara khas untuk beginner.
💰 Yuran: RM199 / pax
📅 12 September 2026 (Sabtu)
⏰ 9:00 AM – 12:00 PM
📍 First Impression Academy PLT, Inanam
👥 TERHAD 10 ORANG SAHAJA
Sepanjang 3 jam, anda akan belajar:
✨ Teknik asas wire
✨ Teknik padanan mutiara
✨ Asas menghasilkan barang kemas handmade
Dan paling best — anda akan bawa pulang hasil buatan sendiri :
💎 1 Gelang Mutiara
💎 1 Pasang Anting-anting Mutiara
Sesuai untuk yang mahu cuba hobi baru, belajar kemahiran kreatif atau mula mengenali dunia pembuatan barang kemas handmade.
⚠️ Hanya 10 tempat disediakan.
📲 Tempah tempat anda sekarang:
WhatsApp 012-2349327
Belajar • Cipta • Bawa pulang hasil buatan anda sendiri ✨
14/08/2026
Sepanjang 9 Ogos lalu, First Impression Academy dengan kerjasama Sweet Memory Wellness (SMW) telah menjalankan Kursus Kecantikan & Spa 3 Dalam 1 di Inanam, Kota Kinabalu, membimbing peserta pemula menguasai eyelash lifting, eyelash extension dan eyebrow shaping menerusi sesi teori, demonstrasi, praktikal berpandu dan pensijilan dalam satu hari.
Setiap peserta pulang bukan sahaja dengan kemahiran teknikal, tetapi juga dengan keyakinan diri, pemahaman SOP kebersihan, dan hasil kerja pertama yang boleh terus dijadikan portfolio.
Penghargaan kepada Sweet Memory Wellness atas kerjasama yang membolehkan program ini dilaksanakan.
Sesi seterusnya akan diadakan pada Sabtu, 22 Ogos 2026.
📩 Sila hubungi kami untuk maklumat penuh dan tempahan slot.
13/08/2026
Anda sudah bertahun-tahun dalam bidang ini. Tangan sudah mahir, hasil kerja sudah dipercayai pelanggan.
Kemudian datang soalan itu: "Boleh saya belajar dengan kamu?"
Di sinilah ramai tersekat. Mahir membuat kerja dan mahir mengajar adalah dua kemahiran yang berbeza. Untuk berdiri di hadapan pelatih dan mengajar secara rasmi, kemahiran tangan sahaja tidak mencukupi. Anda memerlukan kelayakan pengajar yang diiktiraf.
Itulah fungsi Program Train-the-Trainer (TTT), NCS-004:2017.
Bukan semua orang mahir boleh mengajar. Tetapi semua orang mahir boleh belajar cara mengajar.
Tarikh: 21 hingga 25 September 2026
Lokasi: First Impression Academy, Inanam, Kota Kinabalu
Sesuai untuk anda yang sudah mahir dalam bidang masing-masing dan mahu melangkah menjadi pengajar bertauliah.
Maklumat penuh dan yuran, sila DM kami.
10/08/2026
PENGUMUMAN PROGRAM
Kursus Train the Trainer (NCS-004:2017)
Batch September 2026
First Impression Academy PLT dengan sukacitanya membuka pendaftaran awal bagi Kursus Train the Trainer, berpandukan standard kompetensi kebangsaan NCS-004:2017.
Kemahiran teknikal dan kemahiran menyampaikan ilmu merupakan dua kompetensi yang berbeza. Ramai individu telah menguasai bidang masing-masing selama bertahun-tahun, namun masih memerlukan kelayakan formal untuk mengajar dan menilai secara rasmi. Kursus ini memenuhi keperluan tersebut.
MAKLUMAT PROGRAM:
Program: Train the Trainer (NCS-004:2017)
Kelayakan: Terbuka kepada semua bidang kemahiran
Lokasi: First Impression Academy PLT, Inanam, Kota Kinabalu
Batch: September 2026
Format: Kelas kecil dengan bimbingan rapat
Kemudahan pembayaran secara ansuran disediakan.
Tarikh penuh akan diumumkan tidak lama lagi. Pihak kami mengalu-alukan permohonan awal bagi tujuan tempahan tempat. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut. Nombor untuk dihubungi tertera di ruangan komen.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Website
Address
Kota Kinabalu
88450
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 18:00 |
| Tuesday | 09:00 - 18:00 |
| Wednesday | 09:00 - 18:00 |
| Thursday | 09:00 - 18:00 |
| Friday | 09:00 - 18:00 |
| Saturday | 09:00 - 18:00 |
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when First Impression Academy PLT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.