Hajah Rohaiza Haji Mohamed
I will share issues and info about beauty and health. About life inspiration n motivation.
DULU KEJAR DUNIA, SEKARANG BARU SEMPAT NIKMATI MAJLIS ILMU.
Dulu saya ingat, kalau tak ada nama besar, tak ada kemewahan kebendaan — orang takkan hormat sebab kita belum berjaya lagi.
Jadi saya pun kejar target dunia yang begitu memenatkan. Kerana wangringgit saya tidak kenal siang dan malam.
Bangun pagi ketika ayam pun masih menguap, tidur malam pun lepas kucing dah tak ada bunyi.
Kalau telefon berbunyi, jantung saya terus berdegup laju sampai rasa macam nak terkeluar ikut telinga.
Pernah satu hari tu, saya sibuk sangat sampai terpakai kasut satu hitam satu putih pergi mesyuarat besar!
Bila dah duduk diam, baru saya perasan. Muka dah merah macam cili api, tapi saya pura-pura tak tahu, kononnya “ini gaya baru tau”.
Orang semua pandang senyum, tapi saya tahu—dalam hati mesti mereka gelak sampai perut senak.
Paling kelakar: saya makan ubat sakit kepala dengan air suam, lepas tu baru perasan air tu sebenarnya air gula je sebab tangan dah gementar.
Sampai satu hari saya jatuh tergolek atas meja kerja. Doktor tengok saya cuma geleng kepala:
“Puan, jangan ingat puan ni bateri boleh dicas non-stop? Bateri telefon pun kalau guna sampai habis pun kena rehat, ini nyawa sendiri.”
Masa tu baru saya sedar: saya dah kumpul banyak benda yang akhirnya cuma jadi beban.
Rumah besar tapi tak ada masa duduk, duit banyak tapi tak ada masa nak bernafas pun rasa sempit.
Sekarang? Saya masih berniaga, tapi cara “makcik santai” je. Saya rumuskan minyak aromaterapi sambil berzikir.
Diri rasa tenang setenang nya. Yang saya kena fikir adalah kesejahteraan diri. Melaut harta dunia pun tak bawa mati.
Tak ada lagi terkejar-kejar target sampai berjuta. Cukup lah dengan keperluan.
Usaha tetap berusaha dengan target untuk berkongsi rezeki. Rasanya hidup begitu lebih bermakna.
Pergi hantar barang pun sempat berhenti minum cendol durian dan rojak campur.
Kawan lama kadang-kadang datang tengok, pandang sekeliling lepas tu tanya: “Kau ni dah tak nak maju ke? Dulu kau orang paling sibuk satu negeri!”
Saya cuma tarik nafas lega, lepas tu ketawa: “Maju macam mana? Dulu maju sampai jantung saya hampir terhenti.
Sekarang saya maju sampai boleh tidur lena tanpa mimpi kira duit. Yang mana lagi bagus?”
Pernah ada pelanggan yang ada masalah stress datang cakap: “Puan, minyak ni lain macam je, pakai terus rasa lega.”
Saya cakap, “Tu lah, sebab saya blend minyak ini ketika masa hati saya tenang".
Orang kata hidup sederhana ni macam hidup susah. Mesti tidak bahagia. Seperti dulu saya sangka kemewahan itu segala-galanya.
Sekarang baru tahu: bila kita tak perlu tunjuk apa-apa pada orang, tidak risau dengan anggapan — itu sebenarnya kemewahan paling mahal dalam dunia ni.
Paling kelakar sekali? Dulu saya sangkakan kebahagiaan tu barang berjenama. Harga yang mahal-mahal.
Rupanya saya syok sendiri. Orang lain pandang tetapi tidak kisah pun. Akhirnya saya sedar saya sebenarnya membebankan diri sendiri.
Sejak saya downgrade kan gaya hidup - lebih berhemah dan pentingkan kesederhanaan, saya rasa hidup lebih tenang dan bahagia 😊
MUHASABAH DIRI.
KISAH Di SEBALIK SENYUMAN
Kisah seorang wanita modern yang bekerja di samping menjadi surirumah.
Setiap pagi, Sarah memulakan harinya seawal jam 5.00 pagi. Tidur lewat malam namun terpaksa bangun awal pagi
Sebagai seorang wanita berkerjaya, dia bukan sahaja memegang jawatan penting di syarikat, malah merupakan seorang isteri dan ibu kepada dua orang anak.
Hari-harinya dipenuhi dengan pelbagai tanggungjawab. Menguruskan keluarga, menghantar anak ke sekolah, menghadiri mesyuarat, menyiapkan laporan dan membalas ratusan e-mel.
Pada masa yang sama memastikan segala-galanya berjalan lancar di rumah. Itu lah routine yang terpaksa dilakukan Sarah.
Di mata orang, Sarah kelihatan hebat. Sentiasa tersenyum, cekap dan mampu melakukan semuanya.
Namun, tiada siapa tahu apa yang sedang berlaku di dalam dirinya.
Semakin hari, tekanan semakin menghimpit. Tidurnya tidak lena. Jantungnya sering berdegup laju. Dia mudah menangis tanpa sebab dan mula hilang minat terhadap perkara yang dahulunya membuatkan dia bahagia.
"Adakah aku sudah tidak kuat?" bisiknya sendirian.
Apabila keadaan semakin memburuk, Sarah mengambil keputusan untuk mendapatkan bantuan daripada doktor pakar.
Selepas menjalani sesi penilaian, doktor menjelaskan bahawa tekanan yang berpanjangan telah memberi kesan kepada kesihatan mental dan emosinya.
Doktor menasihatinya supaya tidak memendam segala beban seorang diri dan mengamalkan beberapa langkah penjagaan diri seperti mendapatkan rehat yang mencukupi dan melakukan senaman ringan.
Beliau mula bertindak. Mengamalkan melalui teknik relaksasi dan sebagaimana di sarankan menggunakan aromaterapi sebagai salah satu kaedah sokongan untuk membantu mewujudkan suasana yang lebih tenang.
Sarah mula mengubah rutin hariannya sedikit demi sedikit. Sarah mula membuat delegasi tugas.
Beliau tidak boleh melakukan semua hanya kerana tanggungjawab. Beliau kena berkongsi tugas agar menjadi lebih berkesan.
Pada waktu malam, dia menyalakan diffuser dengan aroma lavender dan bergamot sambil melakukan latihan pernafasan.
Ketika bekerja, dia menggunakan aroma peppermint untuk membantu dirinya berasa lebih segar dan fokus.
Dia juga belajar untuk berhenti seketika apabila tubuhnya memberi isyarat bahawa dia memerlukan rehat.
Perubahan itu tidak berlaku dalam sehari. Tetapi sedikit demi sedikit, tidurnya menjadi lebih lena.
Dia mula tersenyum dengan lebih ikhlas. Fikirannya terasa lebih tenang, dan dia kembali menikmati masa bersama keluarga.
Sarah akhirnya sedar bahawa menjaga diri sendiri bukanlah satu bentuk kelemahan. Sebalik nya, ia adalah satu keperluan.
Hari ini, dia masih seorang wanita berkerjaya yang sibuk. Masih menggalas pelbagai tanggungjawab.
Namun bezanya, dia tidak lagi mengabaikan kesihatan mental dan emosinya.
Kerana dia tahu, apabila dirinya sihat dan tenang, dia mampu memberikan yang terbaik kepada orang yang disayang.
Aromaterapi bukanlah penawar kepada kemurungan atau pengganti rawatan perubatan.
Namun, apabila digunakan sebagai sebahagian daripada pelan penjagaan diri dan mengikut nasihat doktor, ia boleh membantu mewujudkan suasana yang lebih relaks dan menyokong kesejahteraan emosi.
Mendapatkan bantuan profesional adalah langkah yang berani, bukan tanda kelemahan.
Kita tidak hebat dengan pelbagai tugas. Hebat kita adalah dapat memberi yang terbaik untuk tugas dan keluarga serta diri tidak diabaikan.
.
.
.
14/06/2026
Renungan..
SIJIL KEMATIAN
Seorang bekas Pesuruhjaya Polis yang telah bersara baru sahaja berpindah keluar dari rumah rasmi kerajaan ke rumah miliknya sendiri.
Rumah yang terletak di sebuah kawasan kejiranan yang tenang. Dia sangat berbangga dengan pencapaiannya dan kedudukannya yang terdahulu.
Setiap petang, dia akan berjalan-jalan di taman kejiranan. Namun, dia tidak pernah menegur atau menyapa sesiapa.
Dia merasakan bahawa orang lain di kawasan itu tidak setaraf dengannya, tidak layak menerima perhatian atau masanya.
Suatu hari, ketika dia duduk di bangku taman, seorang lelaki tua datang dan duduk di sebelahnya.
Lelaki tua itu memulakan perbualan secara mesra, tetapi Pesuruhjaya itu tidak berminat untuk mendengar. Sebaliknya, dia hanya bercakap tentang dirinya, pangkatnya, kuasanya, pencapaiannya.
Dia sering mengingatkan orang lain bahawa dia tinggal di kawasan itu bukan kerana terpaksa, tetapi kerana dia pemilik harta itu.
Perkara ini berulang selama beberapa hari. Lelaki tua itu hanya mendengar dengan tenang setiap kali, tidak pernah menyampuk.
Kemudian, pada suatu petang, lelaki tua itu akhirnya bersuara.
“Tuan!,” katanya lembut, “mentol💡 lampu elektrik hanya bernilai selagi ia menyala. Setelah ia terbakar, tidak kira sama ada ia 10-watt atau 100-watt, semua mentol yang sudah terbakar adalah sama, hitam gelap, tidak bernyawa, dan dilupakan.
Saya sudah tinggal di kawasan ini selama 5 tahun, dan tidak pernah sekali pun saya memberitahu sesiapa bahawa saya pernah menjadi Ahli Parlimen 2 penggal.”
Wajah bekas Pesuruhjaya Polis itu berubah.
Lelaki tua itu menyambung dengan tenang: “Tengok lelaki di hujung sebelah kanan itu? Itu Encik Hassan. Dia bersara sebagai Pengurus Besar di Shell.
Lelaki yang sedang berbual dengannya itu, Yaakob ialah bekas Leftenan Jeneral Tentera. Dan lelaki yang berjalan perlahan memakai putih itu, Dato' Hamid. Dia dulu ialah Profesor, Naib canselor di sebuah Universiti.
Tiada seorang pun antara mereka bercakap tentang gelaran atau jawatan mereka dahulu. Mereka tidak rasa perlu pun untuk berbuat demikian.”
“Saya cuma memberitahu apa yang saya tahu,” katanya, sebelum menyambung,
“Sebab, akhirnya, kita semua adalah mentol💡yang sudah terbakar.
Sama ada kita dulu 10-watt, 40, 60, atau 100-watt, sama ada kita LED, CFL, halogen, atau hiasan, apabila kuasa terpadam, kita semua sama sahaja.”
“Selepas bersara, sama ada anda Pesuruhjaya Polis atau Konstabel Polis, ia tidak lagi membawa makna.”
Dia memandang Pesuruhjaya itu dengan penuh makna dan berkata,
“Matahari terbit dan matahari terbenam, kedua-duanya indah.
Tapi dunia hanya tunduk kepada matahari yang sedang terbit. Begitulah sifat manusia. Kita harus terima hakikat itu.”
“Jawatan kita, kedudukan kita semuanya sementara. Jika kita biarkan semua itu menentukan siapa diri kita, kita pasti hilang arah bila semuanya pergi.”
“Dalam permainan catur, setiap buah raja, permaisuri, gajah, bidak hanya ada nilai semasa permainan berlangsung.
Apabila permainan tamat, semuanya dimasukkan semula ke dalam kotak yang sama, dan penutup ditutup rapat.”
Dia tersenyum perlahan sambil memandang sekeliling taman.
“Jadi, berbahagialah pada saat ini. Harapkan kebahagiaan di masa depan.
Jangan sesekali berpaut pada sesuatu yang bukan lagi milik kita. Sebanyak mana pun pingat atau sijil yang kita kumpul sepanjang hidup.
Akhirnya, kita semua hanya akan menerima satu - *SIJIL KEMATIAN.*
07/06/2026
ASALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH.
ICEBERG STORY.
Lama saya simpan sebak di hati. Diam dan tersenyum adalah jalan terbaik untuk saya tenang menjalani kehidupan seterusnya.
Tiba-tiba rasa hendak berkongsi cerita agar jadi peduman kepada sahabat-sahabat yang sudi membaca coretan ini.
Yang baik ambil buat tauladan. Yang negatif ngahkan dari ingatan. Semoga kita tergolong umat Allah yang beriman.
6 bulan lepas. Saya menerima telepon dari beberapa usahawan spa di Kelantan. Berita sensasi ini ramai yang peka. Entah lah nak layan ke persepsi orang.
Ceritanya seorang jutawan pengusaha spa yang mempunyai rangkaian outlet seluruh Malaysia. Bergaya dan berketrampilan. Saya turut bangga melihat anak Melayu berjaya.
Lelaki tampan ini datang ke spa anak saya dengan ferarinya. Datang ke Spa kami yang terletak di bangunan sendiri yang kami beli 27 tahun dahulu.
Anak saya ada maklumkan kepada saya. Saya dengar n never give any comment. I reserved that comment to myself.
Jutawan itu mengajak anak saya join dia. Berjanji boleh bagi gaji dan kereta selayaknya. Malah lebih baik dari apa diperolehi sekarang.
Janji manis boleh dengar lunak belaka. Masa belum dapat. Sekecil kecil perniagaan kita hak mutlak kita. Harapkan hak orang belum tentu menjamin.
Itu lah dunia zaman Now. Yang bersinar adalah wang ringgit melimpah. Yang berjaya adalah orang yang kayaraya dan terkenal. Yang hebat adalah mereka yang berpangkat.
Saya sudah menyusuri hidup lebih dari setengah abad. Berniaga walau tidak sehebat Ybhg Dato Vida tetapi Alhamdulillah melalui dengan tenang penuh syukur.
Bukan tidak pernah buat sales berjuta. Bukan tidak pernah gagal. Cuma saya s**a bekerja belakang tabir. Tidak terkenal pun tidak apa. Janji hidup berkat.
Pasti ada dugaan, ujian dan tekanan sepanjang pejuangan sebagai usahawan. Ia penambah rencah penyedap pejuangan yang adakala melukakan.
Hakikatnya saya sedar. Semuanya pinjaman. Hebat mana pun ke tanah jua. Dunia sementara pinjaman Allah. Akhirat juga yang kekal.
Perlu ke kejar jutaan ringgit sekadar nak nampak hebat? Perlu ke rumah tersergam mewah untuk tanda kita berjaya dan bahagia.
Mana lebih baik. Kaya atau cukup? Kaya jika tidak cukup cukup pun menyusahkan. Biar berapa pun ada, biar cukup.
Tepuk dada tanya iman. Masing-masing lebih tahu jawapannya. Bagi saya bersederhana lebih baik. Hidup sewajarnya. Agar diri tidak mudah leka.
Bahawa sesungguhnya, duduk first kelas ke ekonomi ke, destinasi tetap sampai. Ke Mekah bilang bulan pun. Tawaf dan Sai tetap kaabah dan lane yang sama. Iman dan takwa yang diambilkira.
Penghujungnya bila meninggal ke tanah jua dengan kain putih yang sama. Biar lah orang lihat kita biasa biasa. Kita tenang bebas hutang. Kita hulur rezeki biar tangan kiri tidak mengetahuinya.
Saya sebagai ibu selalu berpesan kepada anak-anak. Bekerjalah seperti kita berbuat kebaikan sebanyak mungkin. TAK SALAH KAYA DAN JADI JUTAWAN. Kejar dunia jangan sampai akhirat tercicir.
Tamakkan dunia pasti makan diri balik. Sesungguhnya kesenangan di dunia adalah tipuhelah yang membinggungkan. Bersederhana lebih baik.
Saya titipkan business untuk anak-anak. Agar mereka menambahbaik sehingga ilmu saya bermanfaat. Agar mereka tahu kasihsayang ibu tidak bertepi.
Saya bersyukur dikurniakan suami merestui perniagaan saya. Membenarkan saya berkarya seperti wanita moden yang lain. Namun ia bukan alasan untuk saya lupa diri.
Pernah suami lumpuh bertahun lamanya. Dan saya perlu mengambilalih tanggungjawab sebagai pencari nafkah keluarga. Alhamdulillah syukur pada Allah memberi peluang untuk saya berbakti.
Malah kereta-kereta mewah yang saya pernah beli tidak lagi saya pandu. Serah kepada anak-anak dan suami. Ada lah sedikit harta cukup untuk saya tenang menghadapi hari tua.
Doakan saya masih mampu berkarya untuk berkongsi kebaikan dan beramaljariah. Doakan saya untuk istiqamah berbuat kebaikan agar memperolehi REDHA ALLAH.
KITA BUKAN SIAPA-SIAPA. KITA HANYA HAMBA ALLAH YANG KERDIL.
.
USAH BERSEDIH
1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...
2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya...
3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terperangkap di dlm perut ikan.
4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.
5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna.
6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya...
7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa.
8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal...
9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat...
Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...
Allah swt mewujudkan personaliti yg hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia spt saya dan kamu, bila mana berhadapan dgn sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"...
ALHAMDULILLAH UTK SEGALA2NYA YA RAHMAN.
Jika sudi dikongsikan dgn sesiapa sahaja, silakan jika tidak keberatan.
🌎 *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
*_HAKIKAT KEHIDUPAN_*
*Dia indah tetapi tidak abadi.*
*Itulah DUNIA.*
*Dia berat tetapi ringan untuk meninggalkannya. Itulah SOLAT.*
*Dia datang tetapi tidak mungkin terulang kembali. Itulah WAKTU.*
*Dia dekat tetapi kita tidak boleh lari darinya.*
*Itulah KEMATIAN.*
*Dia tidak terlihat tetapi abadi.*
*Itulah AKHIRAT.*
*Dia jarang disentuh walaupun semua tahu ia Kalam Allah.*
*Itulah AL-QURAN.*
*Dia mengorbankan kebahagiaan dirinya sendiri untuk kebahagiaan anak²nya.*
*Itulah seorang IBU.*
*Dia sangat sayang kita tetapi kita selalu abaikan Sunnahnya.*
*Itulah RASULULLAH SAW.*
26/09/2025
Petikan dari Page Khairul Aming.
🌿Bahan
•1 genggam daun serai wangi
•1 genggam daun pandan
•1 sudU besar garam bukit
• Air secukupnya untuk rendaman
🌿Cara
1. Rebus daun pandan dan serai wangi
dalam air selama 10 minit.
2. Masukkan garam bukit selepas tutup
api.
3. Tuang air rebUsan ke dalam besen,
campur sedikit air biasa hingga suam.
4. Rendam kaki 15-20 minit sambil urut
perlahan-lahan.
🍁Kebaikan Gabungan Ini (berdasarkan
jurnal)
• Daun pandan dan serai wangi bersifat
diuretik ringan, bantu alirkan lebihan cecair
dalam badan.
• Garam bukit bantu legakan bengkak dan
lancarkan peredaran darah.
• Kajian menunjukkan aromaterapi dari daun
serai wangi mengurangkan keletihan otot
dan kekejangan ringan.
NEVER EASILY GIVE-UP.
“Saya Tidak Akan Mati Hari Ini” – Kisah Benar Guy Tenenbaum, Pejuang Kanser Tahap 4.
Beliau bukan seorang doktor. Bukan ahli farmasi. Bukan pengamal alternatif pun. Tetapi kisah hidupnya membuatkan ramai profesional perubatan terkejut.
Ribuan pesakit kembali percaya bahawa keajaiban boleh berlaku dengan izin Tuhan dan usaha tanpa henti.
Inilah kisah Guy Tenenbaum, seorang pesara berusia 66 tahun dari Perancis yang suatu ketika dahulu disahkan menghidap kanser prostat tahap 4 yang agresif dan merebak.
Namun berjaya pulih sepenuhnya melalui pendekatan semula jadi dan perubahan gaya hidup total. Kisahnya tular di seluruh dunia kerana beliau membuktikan sesuatu yang luar biasa:
Bahawa tubuh manusia memiliki kebolehan semula jadi untuk menyembuh – jika diberi peluang dan sokongan yang betul.
Guy menghabiskan hidupnya dengan sederhana. Setelah bersara, beliau menjalani kehidupan tenang.
Sehinggalah pada suatu hari beliau disahkan menghidap kanser prostat tahap 4, yang telah merebak ke tulang dan organ dalaman lain.
Doktor memaklumkan bahawa tiada lagi rawatan yang boleh diberikan — tiada kimoterapi, tiada pembedahan, tiada harapan.
“Saya diberitahu untuk balik ke rumah dan tunggu saat akhir,” kata Guy.
Namun, dalam kesedihan itu, muncul satu tekad dalam dirinya — “Saya tidak akan menyerah.”
Titik Perubahan: Mencari Harapan di Luar Sistem Perubatan Moden. Beliau berazam penuh tekad.
Guy mula membaca, menonton video, mencari ilmu dan menyertai komuniti pesakit kanser yang memilih pendekatan functional dan holistic.
Beliau bertemu penyokong dari pelbagai negara, termasuk aktivis kesihatan seperti Darin Olien dan pengamal Functional Medicine.
Beliau membuat keputusan besar:
“Jika tubuh saya mahu hidup, saya mesti bantu tubuh saya dengan sehabis daya.”
Pelan Penyembuhan Semula Jadi Guy Tenenbaum
Guy membentuk sendiri pelan pemulihan berdasarkan prinsip pemakanan bersih, detoksifikasi, gerakan tubuh, dan pemulihan emosi.
Ia bukan rawatan klinikal, tetapi ia bersandarkan kepada logik biologi dan motivasi untuk pulih.
1. Pemakanan Bersih:
• Sayuran segar, buah-buahan, bijirin penuh, kekacang
• Elakkan sepenuhnya gula, daging merah, susu, gluten, makanan proses
• Jus sayur hijau setiap hari, minuman anti-kanser seperti teh kunyit dan halia
2. Detoksifikasi Tubuh:
• Sauna inframerah untuk keluarkan toksin
• E***a kopi (cecair kopi dimasukkan ke dalam rektum)
• Air bersih, puasa berkala (intermittent fasting)
3. Kesedaran & Minda Positif:
• Jurnal kesyukuran setiap hari
• Afirmasi dan visualisasi penyembuhan
• Meditasi dan zikir ketenangan
4. Pergerakan Tubuh:
• Berjalan kaki perlahan setiap hari walaupun dalam keadaan lemah
• Latihan pernafasan dan teknik qigong
Hasil Luar Biasa: Tumor Mengecut, PSA Menurun Drastik
Beberapa bulan selepas mengamalkan rutin ini, doktor melakukan ujian semula dan mendapati paras PSA menurun dengan sangat signifikan, tiada lagi aktiviti kanser aktif. Tumor mengecut tanpa sebarang rawatan konvensional.
“Saya bukan sembuh kerana ubat ajaib. Saya sembuh kerana saya ubah segalanya — cara hidup, cara fikir, cara makan dan cara melihat hidup,” kata Guy dalam temubualnya.
Pengajaran Daripada Kisah Guy Tenenbaum.
1. Tubuh anda bukan musuh. Ia sedang berjuang untuk pulih setiap saat.
2. Makanan boleh jadi ubat paling berkuasa — jika kita tahu memilih.
3. Sokongan emosi dan spiritual sama penting dengan rawatan fizikal.
4. Pengetahuan, keyakinan dan tindakan mampu mengubah nasib.
5. Jangan pernah percaya “tiada harapan” — selagi nyawa masih ada.
Harapan Itu Masih Ada
Kisah Guy bukan untuk menggantikan rawatan doktor — tetapi untuk memberi sinar harapan kepada mereka yang merasa dihukum mati oleh diagnosis.
Ia mengajak kita semua untuk kembali memahami tubuh sendiri, dan mencari kekuatan dari dalam.
“Jika saya yang hampir mati ini boleh sembuh, kamu juga boleh. Tapi kamu mesti percaya — dan mesti bertindak,” pesan Guy kepada pesakit lain.
Apabila saya dapat inbox luahan sahabat yang putus harapan apabila perubatan konvensional tidak lagi mampu menyembuhkan, saya akan pesan; “Keep fighting walaupun hanya ada 1% peluang!”
PENYAKIT AKHIR ZAMAN
UJIAN YANG MENGINSAFKAN DIRI.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu."
Para sahabat bertanya: "Apakah penyakit-penyakit umat terdahulu itu, wahai Rasulullah?"
Baginda SAW menjawab:
"Iaitu: (1) terlalu banyak berseronok, (2) hidup bermewah-mewahan, (3) s**a menghimpun harta sebanyak-banyaknya, (4) saling menipu dalam urusan dunia, (5) sering bermusuhan dan bermarahan, serta (6) hasut-menghasut sehingga berlaku zalim-menzalimi."
(Hadis riwayat al-Hakim)
Keterangan:
Segala penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah SAW ini nyata sekali sedang menular dalam kalangan umat Islam pada hari ini. Di mana-mana sahaja dapat kita lihat, ia merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan begitu ganas.
Umat Islam kini sedang berhadapan dengan krisis rohani yang sangat mendalam. Kekosongan jiwa itu mendorong manusia mengejar dan menimbun harta benda semata-mata demi memuaskan hawa nafsu. Apabila hawa nafsu menjadi panduan hidup, mereka sanggup menggunakan apa jua cara, termasuklah tipu daya dan penipuan.
Akibatnya, nilai-nilai akhlak kian hilang. Yang muncul hanyalah kecurangan, khianat, hasad dengki, serta perbuatan zalim menzalimi antara satu sama lain.
Marilah kita merenung maksud hadis ini dengan penuh keinsafan, dan marilah kita bermuhasabah diri agar dijauhkan daripada penyakit-penyakit tersebut.
22/12/2024
"Keanu Reeves: Superstar Hollywood Tapi Hidup sederhana tanpa ropol-ropol? Ini Rahsia Dia"
MasyaAllah, jika anda pernah menonton filem penuh aksi seperti John Wick atau The Matrix, pasti anda kenal dengan Keanu Reeves.
Nama ini bukan sahaja gah di layar perak, tetapi kehidupannya di dunia sebenar juga penuh inspirasi.
Di saat ramai bintang Hollywood bermegah dengan kereta mewah, rumah besar, dan gaya hidup penuh glamor, Keanu Reeves memilih untuk hidup sederhana.
Dengan kekayaan dianggarkan mencecah $360 juta, siapa sangka Keanu lebih selesa menaiki kereta api bawah tanah, duduk di bangku taman, dan memandu kereta lama berbanding membeli supercar?
Ramai yang tertanya-tanya, mengapa Keanu Reeves memilih gaya hidup sebegini?
Bukankah dia mampu menikmati segala kemewahan dunia? Inilah yang membezakan Keanu—beliau faham bahawa kebahagiaan tidak bergantung pada harta benda, tetapi pada nilai hidup yang dipegang.
Beliau pernah berkata, “Duit adalah perkara terakhir yang saya fikirkan. Saya boleh hidup dengan apa yang ada.”
Kata-kata ini menunjukkan betapa beliau tidak tunduk kepada tekanan sosial atau keinginan untuk kelihatan mewah di mata orang lain.
Sikap rendah diri Keanu Reeves sering menjadi bualan ramai. Pernah tular kisah di mana beliau memberikan tempat duduknya kepada seorang wanita tua di dalam kereta api.
Ramai yang terkejut kerana bintang besar seperti beliau masih menggunakan pengangkutan awam seperti rakyat biasa.
Dalam dunia hari ini, ramai berlumba-lumba mempamerkan kekayaan untuk mendapatkan perhatian, tetapi Keanu menunjukkan bahawa hidup sederhana adalah lebih bermakna.
Selain itu, Keanu Reeves juga terkenal dengan kemurahan hatinya. Ketika adiknya menghidap leukemia, beliau menyumbangkan sebahagian besar pendapatannya untuk membiayai penyelidikan penyakit tersebut.
Beliau turut mendermakan jutaan dolar kepada krew produksi The Matrix kerana merasakan mereka berhak mendapat lebih atas usaha keras mereka.
Ini membuktikan bahawa kekayaan bukan sekadar untuk dikumpul, tetapi harus dikongsi dengan mereka yang memerlukan.
Apa yang lebih menarik, Keanu langsung tidak berkira soal barang material. Semasa penggambaran filem John Wick, beliau memilih untuk memandu kereta yang biasa sahaja dan lebih gemar makan di restoran murah berbanding di tempat mewah.
Menariknya lagi, pada era 1990-an, Keanu pernah bermain bass dalam sebuah band bernama Dogstar.
Walaupun band ini tidak popular, ia menunjukkan bahawa Keanu menikmati hidup dengan apa yang dia s**ai tanpa tekanan untuk menjadi lebih kaya.
Keanu Reeves mengajar kita satu pengajaran besar: jangan menjadi hamba wang atau tekanan sosial.
Berapa ramai di antara kita yang terburu-buru membuat keputusan kewangan hanya kerana ingin kelihatan berjaya?
Ramai akhirnya menyesal kerana terperangkap dalam hutang demi memandu kereta mahal, membeli gajet terbaru, atau bergaya dengan pakaian berjenama.
Malangnya, semua itu hanya ilusi kejayaan yang akhirnya memakan diri. Tidakkah lebih baik hidup dalam kemampuan sendiri, bebas hutang, dan tidur dengan tenang setiap malam?
Lihatlah bagaimana Keanu Reeves menjalani hidupnya. Beliau kaya, tetapi tetap memilih untuk hidup sederhana.
Beliau bebas daripada tekanan untuk membuktikan apa-apa kepada sesiapa. Inspirasi ini patut kita contohi, terutama anak muda yang baru memulakan hidup.
Tiada salahnya memulakan kehidupan dengan sederhana asalkan kita dapat menikmati ketenangan tanpa beban hutang.
MasyaAllah, kehidupan ini adalah ujian, dan kecukupan itu adalah nikmat yang sering kita abaikan.
Allah tidak melihat kepada harta atau kemewahan yang kita miliki, tetapi kepada hati yang bersyukur dan amal yang kita lakukan dengan ikhlas.
Sebaik-baik kekayaan adalah hati yang merasa cukup, bukan yang sentiasa dahagakan dunia.
Belajarlah untuk hidup dalam kemampuan, bukan kerana ingin dipuji manusia, tetapi kerana ingin mencari keberkatan Allah.
Semoga kita semua diberikan rezeki yang mencukupi, hati yang tenang, dan masa depan yang dipermudahkan.
___
MasyaAllah, hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan dengan perkara yang tidak penting. Ambil inspirasi daripada Keanu Reeves—hidup sederhana, bebas hutang, dan tenang. Mula bina masa depan anda hari ini.
Tulisan Mazlan Shafie.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Teratak Rembulan, Kubang Kerian
Kota Bharu