Dr.Ily Formula

Dr.Ily Formula

Share

Kami menyediakan dan mengeluarkan produk penjagaan kulit berasaskan bahan semulajadi dan mesra alam yang sesuai digunakan untuk semua peringkat umur

Photos from Dr.Ily Formula's post 17/01/2026

Kelas terakhir bagi program Janaskil: Transformasi Kemahiran Masyarakat Bandar telah berlangsung pada 13/12/2025 dengan penyertaan seramai 15 orang peserta.

Kelas kali ini memberi fokus kepada pembuatan lilin wangi, khususnya lilin doorgift seperti Daisy Lollipop dan Wax Melt.

Kelas ini dibuka kepada orang awam yang berminat, dan alhamdulillah kami berpeluang berkenalan serta berkongsi ilmu dengan peserta daripada pelbagai latar belakang dan bidang pekerjaan yang berbeza.

Penyertaan daripada 5 orang pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dari Kampus Jeli turut membuka ruang kepada kolaborasi baharu sebagai permulaan kepada mereka untuk menceburi bidang perniagaan pembuatan lilin wangi, memandangkan mereka mempunyai syarikat pelajar sendiri.

Diharapkan ilmu dan pengalaman yang dikongsikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta menjadi pemangkin kepada peluang keusahawanan dan peningkatan kemahiran peserta pada masa akan datang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yayasan Hasanah dan Kementerian Kewangan Malaysia atas sokongan dana yang telah membolehkan pihak kami melaksanakan sesi latihan ini secara berperingkat kepada semua peserta.

usahwanmikro handmade

Photos from Dr.Ily Formula's post 10/01/2026

Program Janaskil: Transformasi Kemahiran Masyarakat Bandar telah berjaya dilaksanakan dengan memberi pendedahan menyeluruh kepada para peserta berkaitan aspek penjenamaan dan pembungkusan produk πŸ€—

Sesi latihan ini telah dikendalikan oleh fasilitator berpengalaman dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) iaitu Profesor Madya Dr. Noor Hasmini bt. Abdul Ghani yang berkongsi pengetahuan dan kemahiran praktikal merangkumi asas pembinaan jenama serta strategi penjenamaan berkesan.

Manakala Dr. Ikarastika Rahayu bt. Abdul Wahab p**a berkongsi kepakaran berkaitan kepentingan reka bentuk pembungkusan dalam meningkatkan nilai tambah dan daya saing produk di pasaran.”

Program ini telah dilaksanakan pada 29 November 2025 yang bertempat di Bionature Scientific Solution.

Kursus ini telah memberi impak positif dalam memperkasa kemahiran keusahawanan peserta selaras dengan objektif program Janaskil: Transformasi Kemahiran Masyarakat Bandar 😊

lilinwangi handmade

Photos from Dr.Ily Formula's post 29/12/2025

Alhamdulillah, pada 8/11/25 yang lalu, kelas ketiga Janaskil: Transformasi Kemahiran Masyarakat Bandar yang ditaja oleh Yayasan Hasanah dan Kementerian Kewangan Malaysia berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 10 orang peserta πŸ€—

Bagi sesi kali ini, kami berkolaborasi bersama Kelab Usahawan Wanita Kelantan KUWAK untuk berkongsi ilmu secara praktikal dalam pembuatan lilin wangi yang mudah dan sesuai dihasilkan dari rumah.

Rata-rata peserta terdiri daripada suri rumah, ibu tunggal dan usahawan mikro yang bersemangat mempelajari kemahiran baharu sebagai peluang untuk menambah pendapatan serta meningkatkan kualiti hidup.

✨ Semoga ilmu yang dikongsikan memberi manfaat berpanjangan, menjadi pencetus semangat keusahawanan, dan membuka lebih banyak peluang rezeki buat semua peserta.

Terima kasih kepada semua yang terlibat atas komitmen dan sokongan β€” moga usaha kecil ini menjadi langkah besar ke arah pemerkasaan komuniti. πŸ’ͺ🌸

kotabharu

Photos from Dr.Ily Formula's post 29/12/2025

Alhamdulillah, pada 8/11 yang lalu, kelas ketiga Janaskil: Transformasi Kemahiran Masyarakat Bandar yang ditaja oleh Yayasan Hasanah dan Kementerian Kewangan Malaysia berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 10 orang peserta πŸ€—

Bagi sesi kali ini, kami berkolaborasi bersama Kelab Usahawan Wanita Kelantan KUWAK untuk berkongsi ilmu secara praktikal dalam pembuatan lilin wangi yang mudah dan sesuai dihasilkan dari rumah.

Rata-rata peserta terdiri daripada suri rumah, ibu tunggal dan usahawan mikro yang bersemangat mempelajari kemahiran baharu sebagai peluang untuk menambah pendapatan serta meningkatkan kualiti hidup.

✨ Semoga ilmu yang dikongsikan memberi manfaat berpanjangan, menjadi pencetus semangat keusahawanan, dan membuka lebih banyak peluang rezeki buat semua peserta.

Terima kasih kepada semua yang terlibat atas komitmen dan sokongan β€” moga usaha kecil ini menjadi langkah besar ke arah pemerkasaan komuniti. πŸ’ͺ🌸

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kota Bharu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address

TING. 2, PT 554, TAMAN DAMAI PERDANA
Kota Bharu