Terapi Ikhtiar Madu

Terapi Ikhtiar Madu

Share

IKHTIAR MADU ๐Ÿฏ
Madu Tualang Asli Pahang

Ramai mencari madu sebenar
Sebahagian menemukannya di sini

Ikhtiar jasmani & rohani
Sihat. Tenang. Pulih.

Dengan izin Allah ๐Ÿค Terapi Ikhtiar Madu adalah ikhtiar penjagaan kesihatan dan kesembuhan segala penyakit dengan izin Allah. Madu tualang asli berjenama IKHTIAR MADU ini, telah dibacakan dengan ayat Al-Quran (surah pilihan, ayat-ayat syifaโ€™/ruqyah), selawat nabi dan doa.

11/09/2026

Amalan untuk Bermimpi melihat Nabi Muhammad ๏ทบ

Untuk melihat Nabi Muhammad ๏ทบ, bacalah doa ini sebelum tidur sebanyak seratus satu kali (101x), iaitu:

ุงูŽู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุฅูู†ู‘ููŠ ุฃูŽุณู’ุฃูŽู„ููƒูŽ ุจูู†ููˆุฑู ุงู„ุฃูŽู†ู’ูˆูŽุงุฑู ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ู‡ููˆูŽ ุนูŽูŠู’ู†ููƒูŽ ู„ูŽุง ุบูŽูŠู’ุฑููƒูŽ ุฃูŽู†ู’ ุชูุฑููŠูŽู†ููŠ ูˆูŽุฌู’ู‡ูŽ ู†ูŽุจููŠู‘ููƒูŽ ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ๏ทบ ูƒูŽู…ูŽุง ู‡ููˆูŽ ุนูู†ู’ุฏูŽูƒูŽ ุขู…ููŠู†ูŽ

---

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan cahaya dari segala cahaya, yang ia adalah Dzat-Mu sendiri bukan selain-Mu, agar Engkau memperlihatkan kepadaku wajah Nabi-Mu Muhammad ๏ทบ sebagaimana ia ada di sisi-Mu. Aamiin."

(Dengan menghadirkan hati dan tenggelam penuh sampai tertidur. InsyaAllah kamu akan mendapatkan karunia melihat Penghulu seluruh manusia, Muhammad ๏ทบ)

Sumber : Al Mehdhar Tareem

06/09/2026

๐Ÿ“ข ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€” ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—” | ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—  & ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—œ๐—ง๐—”๐—•

๐—ฅ๐—œ๐—•๐—”๐—ง ๐—”๐—Ÿ ๐—œ๐—ž๐—›๐—Ÿ๐—”๐—ฆ ๐—ช๐—”๐—Ÿ ๐—™๐—จ๐—ง๐—จ๐—› (๐—ฅ๐—”๐—œ๐—ช๐—™)

๐Ÿ“ Kuang, Sungai Buloh
Selangor Darul Ehsan

๐— ๐˜‚๐—พ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฑ๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐—ต

Alhamdulillah, Ribat Al Ikhlas Wal Futuh ditubuhkan dengan visi untuk melahirkan pelapis tenaga ilmuwan dan pendakwah yang berpegang teguh kepada prinsip niat ikhlas, kefahaman yang benar serta keazaman yang tinggi.

Mudah-mudahan, melalui pembinaan ilmu dan tarbiah yang berterusan, para pelajar dapat berperanan dan berbakti kepada masyarakat pada masa hadapan.

Seiring dengan visi ini, pihak Ribat membuka peluang kepada para Muslimin dan Muslimat untuk bersama-sama mendokong usaha murni ini demi kesinambungan ilmu dan dakwah Ahli Sunnah wal Jamaโ€˜ah.

Para pelajar akan mengikuti pengajian secara intensif dan tersusun, dengan penekanan kepada penguasaan Bahasa Arab, Fekah, Tauhid dan Akhlak. Keseluruhan pengajian berpaksikan manhaj Ahli Sunnah wal Jamaโ€˜ah yang muktabar.

Di samping pembinaan ilmu, para pelajar diasuh agar menjaga budi pekerti dan akhlak mulia, melazimi amalan taqarrub, termasuk qiyamullail, membaca al-Qurโ€™an dan wirid harian, serta menitikberatkan kebersihan, disiplin dan adab dalam kehidupan seharian.

๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ฎ๐—ป

Ribat menawarkan Program Pengajian Alim & Berkitab secara sepenuh masa, dengan Bahasa Arab sebagai bahasa penghantar dan tempoh pengajian minimum empat (4) tahun.

Program ini disusun secara berperingkat mengikut tahap pengajian, dengan penekanan kepada penguasaan asas-asas ilmu sebelum para pelajar dibawa kepada kitab-kitab yang lebih tinggi dan mendalam.

Antara kitab turath yang dipelajari dalam program ini termasuklah:

โ— Matan Ajrumiyah
โ— Matan Rahabiyyah
โ— Matan Arbaโ€˜in
โ— Syifaโ€™ al-Saqim
โ— Safinatun Naja
โ— Risalah Jamiโ€˜ah
โ— Aqidatul Awwam
โ— Al-Tafrid
โ— Muqaddimah Hadramiah
โ— Kunuz

Selain kitab-kitab tersebut, para pelajar turut mempelajari kitab-kitab lanjutan seperti Zubad Ibn Ruslan, Jawharah Tawhid, Al-Yaqut al-Nafis dan kitab-kitab klasik yang lain, mengikut tahap serta keperluan pengajian.

Pengajian bukan hanya tertumpu kepada pembacaan dan pemahaman kitab, bahkan turut disertai dengan pembinaan adab, disiplin, penghayatan ilmu serta latihan mengamalkan ilmu dalam kehidupan seharian.

Para pelajar menetap di asrama yang disediakan, membolehkan pemantauan, tarbiah dan pembentukan sahsiah dilaksanakan secara berterusan dalam suasana yang kondusif dan berilmu.

๐—ง๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ด๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ

Program pengajian di Ribat Al Ikhlas Wal Futuh dibimbing oleh barisan tenaga pengajar yang berpengalaman serta mempunyai latar belakang dalam tradisi keilmuan dan tarbiah Ahli Sunnah wal Jamaโ€˜ah.

Tenaga pengajar terdiri daripada lulusan Ribat di Yaman dan Malaysia.

Di samping itu, pelajar terpilih yang cemerlang daripada kalangan graduan Ribat Al Ikhlas Wal Futuh turut diberi amanah untuk membantu membimbing generasi seterusnya.

Para graduan yang diberi amanah ini telah melalui proses pengajian dan pembinaan sahsiah di Ribat sebelum diberikan tanggungjawab tersebut.

Gabungan tenaga pengajar ini mencerminkan kesinambungan tradisi ilmu yang dipelihara di Ribat. Bimbingan diberikan secara berperingkat dengan penekanan kepada ilmu, adab, disiplin dan penghayatan ilmu dalam kehidupan seharian.

Dengan pendekatan ini, para pelajar bukan sahaja dibimbing untuk memahami ilmu, tetapi juga untuk menghayati dan mengamalkannya.

๐—ฆ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป

Keutamaan diberikan kepada pelajar Tahfiz dengan hafazan 10 juzuk dan ke atas, serta pelajar Pondok, Madrasah, STAM atau SPM yang mempunyai asas Bahasa Arab.

Permohonan terbuka kepada calon yang masih belajar mahupun yang telah tamat pengajian.

Calon lain yang memenuhi syarat kemas**an serta menunjukkan kesungguhan dan iltizam terhadap disiplin Ribat juga akan dipertimbangkan, insya Allah.

๐—ฆ๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป

1. Pelajar lelaki, berumur 15 hingga 23 tahun, bujang dan warganegara Malaysia.

2. Mempunyai asas Bahasa Arab dan asas kemahiran menulis dalam tulisan Jawi/Arab, serta mampu mengikuti pembelajaran mengikut tahap yang ditetapkan.

3. Beriltizam mematuhi tertib, disiplin dan manhaj pengajian Ribat.

4. Menghormati guru, beradab serta berakhlak mulia.

5. Mempunyai rekod akhlak yang baik, bebas daripada kes jenayah, serta tidak merokok atau menggunakan v**e.

6. Sihat tubuh badan, serta tidak mempunyai penyakit berjangkit atau penyakit kronik yang berulang.

7. Ibu bapa/penjaga mengambil berat tentang prestasi anak, menggalakkan iltizam dalam pengajian dan bersedia berbincang dengan pihak pengurusan sekiranya timbul sebarang isu.

8. Lulus saringan awal dan temuduga kemas**an yang ditetapkan oleh pihak Ribat.

๐—ฌ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ฎ๐—ป

Segala kos pengajian ditanggung sepenuhnya oleh pihak Ribat, termasuk makan minum, penginapan di asrama dan kitab-kitab pengajian.

Pengajian ini disediakan secara percuma sebagai salah satu bentuk khidmat dan sumbangan Ribat dalam usaha melahirkan generasi penuntut ilmu yang berilmu, beradab dan berjiwa dakwah demi manfaat ummah.

Namun, tajaan ini khusus untuk pelajar yang benar-benar bersedia memberikan komitmen dalam perjalanan menuntut ilmu dan kehidupan di Ribat, bukan sekadar mencuba-cuba.

Para pelajar yang diterima masuk diharapkan memahami bahawa peluang pengajian secara percuma ini hadir bersama amanah untuk bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu, menjaga adab serta mematuhi disiplin yang ditetapkan.

๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ท๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ฏ & ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ

Pihak Ribat mengambil berat kebajikan serta pembinaan pelajar secara menyeluruh, bukan sahaja dari sudut pengajian, bahkan dari aspek akhlak, disiplin, kemahiran dan kehidupan bersama.

Antara kemudahan, bimbingan dan aktiviti yang disediakan termasuk:

1. Menyediakan kemudahan lengkap seperti asrama, surau dan kitab-kitab pengajian.

2. Mengasuh dan memantau akhlak pelajar dengan penekanan kepada pengamalan ilmu dan Sunnah Nabawiyyah.

3. Melatih pelajar dalam kemahiran berkhutbah dan penguasaan Fekah secara praktikal.

4. Memantau hafalan al-Qurโ€™an serta matan-matan Fekah dan Nahu mengikut tahap pengajian.

5. Mempelbagaikan aktiviti seperti s**an mingguan, perkelahan tahunan dan lawatan ilmiah bagi memupuk semangat persaudaraan serta membina pengalaman bersama.

6. Menyediakan perpustakaan dan suasana pembelajaran yang selesa, serta kemudahan lain yang bersesuaian.

๐— ๐—ฎ๐—ธ๐—น๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ป๐—ท๐˜‚๐˜

Untuk pertanyaan, sila hubungi atau WhatsApp:

๐Ÿ“ฑ 019-306 0153 (Hj. Zain)

๐Ÿ“ฒ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—ข๐—›๐—ข๐—ก๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก:
https://www.wasap.my/60193060153/Permohonan_Pelajar_Baru_Ribat

Mohon bantu SHARE supaya info ini sampai kepada mereka yang memerlukannya.

Semoga usaha ini memberi manfaat, kebaikan dan keberkatan untuk semua.

Jazakumullahu khairan atas bantuan dan sokongan. ๐ŸŒท

06/09/2026

RAHSIA SARAPAN PAGI

Madu + Air Kosong
Sebelum Sarapan

26/08/2026

๐—ฆ๐—˜๐——๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐—ก๐—–๐—”๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐——๐—จ ๐—”๐—ฆ๐—Ÿ๐—œ ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฌ% ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ-๐—•๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ ๐——๐—œ๐—ฌ๐—”๐—ž๐—œ๐—ก๐—œ? ๐Ÿฏ

Untuk diri sendiri, pasangan, anak-anak dan ibu bapaโ€ฆ

Kita semua mahu memberikan yang terbaik kepada diri dan keluarga.

Namun, bukan mudah mencari madu yang benar-benar asli, bersih, berkualiti dan sumbernya jelas.

Kerana bukan semua madu itu sama.

๐Ÿฏ ๐—œ๐—ž๐—›๐—ง๐—œ๐—”๐—ฅ ๐— ๐—”๐——๐—จ

Madu Tualang Asli 100% dari Hutan Pahang Darul Makmur.

Dihasilkan oleh lebah liar hutan ๐—”๐—ฝ๐—ถ๐˜€ ๐—ฑ๐—ผ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐˜๐—ฎ yang hidup bebas dan mengumpulkan nektar daripada pelbagai tumbuhan hutan.

Tiada dicampur bahan lain. Madu yang diperolehi terus dibotolkan bagi membantu menjaga kualiti dan kesegarannya.

Rasanya manis, sedap dan menyegarkan โ€” sebab itu ramai yang menyukai madu tualang.

Secara semula jadi, madu tualang mengandungi pelbagai komponen seperti mineral, antioksidan, enzim dan komponen bioaktif lain, serta lazimnya mempunyai warna yang lebih gelap berbanding sesetengah madu lain.

Ini menjadikan madu tualang mempunyai nilai dan khasiat tersendiri.

๐—œ๐—ž๐—›๐—ง๐—œ๐—”๐—ฅ ๐— ๐—”๐——๐—จ mempunyai satu lagi keistimewaan berbanding madu lain.

๐—œ๐—ž๐—›๐—ง๐—œ๐—”๐—ฅ ๐— ๐—”๐——๐—จ turut disertai bacaan ayat-ayat Al-Quran (ruqyah), selawat dan doa sebagai satu ikhtiar memohon keberkatan, ketenangan dan kebaikan dengan izin Allah SWT.

๐— ๐—ฎ๐—ฑ๐˜‚ ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฎ๐˜€๐—ฏ๐—ฎ๐—ฏ.
๐—”๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ณ๐—ฎ๐—ฎ๐˜. ๐Ÿคฒ

๐Ÿ’ฌ Alhamdulillah, ramai pelanggan berkongsi pengalaman mereka selepas mengamalkan IKHTIAR MADU.

โ€œMemang sedap. Banyak madu tualang yang saya beli dan makan, lain rasanya.โ€ โ€” Hj. Saini

โ€œAlhamdulillah. Saya s**a rasanya. Tiap pagi saya minum bersama dengan perahan air lemon.โ€ โ€” Salmah

โ€œAlhamdulillah dapat rasa perubahan tapi untuk yang makan madu ni saja yang tahu. Anak-anak pun saya bagi setiap pagi.โ€ โ€” Mohd Wali

โ€œAlhamdulillah... kami sekeluarga dah mengamalkan IKHTIAR MADU ini... kami merasai lebih bertenaga dan tiada lagi keletihan.โ€ โ€” Mohd Zahid

๐Ÿฏ ๐—–๐—จ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—”๐— ๐—”๐—Ÿ๐—ž๐—”๐—ก ๐—œ๐—ž๐—›๐—ง๐—œ๐—”๐—ฅ ๐— ๐—”๐——๐—จ

Tak perlu hanya dengar cerita orang.

๐—–๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐˜€๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ. ๐—ฅ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—ถ๐˜€๐˜๐—ถ๐—บ๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ž๐—›๐—ง๐—œ๐—”๐—ฅ ๐— ๐—”๐——๐—จ.

โณ ๐—ฆ๐˜๐—ผ๐—ธ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—บ๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—บ ๐˜๐˜‚๐—ฎ๐—ถ๐—ฎ๐—ป.

๐Ÿ“ฒ ๐—ง๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ช๐—ต๐—ฎ๐˜๐˜€๐—”๐—ฝ๐—ฝ ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜‚ ๐—น๐—ถ๐—ป๐—ธ ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ.

https://www.wasap.my/60193060153/Nak_Ikhtiar_Madu

Sudilah Like & Share agar lebih ramai dapat mengetahui dan merasainya.

18/08/2026

Minum madu + air suam sebelum tidur bantu tenaga pulih & tidur lebih nyenyak. Tidur cukup = tubuh lebih sihat, minda fokus siang hari. ๐ŸŒ™โœจ

17/08/2026

Tips Untuk Pejuang Kanser: Apa Saya Makan?

-
-

Mohon share, biar ia sampai pada yang bertanya soalan

Assalammua'laikum semua.

Mohon ampun dan maaf lambat nak share. Hari ni hari ketiga kemoterapi bagi pusingan yang ke 13. Alhamdulillah sihat pagi ni. Cuma sedikit rasa ralat bila kereta buat hal pagi ni menyebabkan saya terpaksa tangguh dan tunda kuliah subuh.

Moga ayahanda, bonda dan seluruh sahabat yang sedang diuji dengan kesihatan Allah beri sihat, Allah beri kesembuhan hendaknya.

Sejak doktor umumkan TIADA PENGULANGAN KANSER pada Usus dan Paru-Paru, ramai yang bertanya dalam WhatsApp, Messenger dan melalui ruangan komen berkenaan makanan dan minuman yang diamalkan sehingga ia mempengaruhi keputusan ujian darah dan CT Scan.

Sebelum tu saya buat klarifikasi, saya belum disahkan BEBAS KANSER. Masih jauh lagi perjalanannya. Namun, setelah 1 tahun 8 bulan berjuang ni, doktor cakap Tahniah! Tiada Pengulangan Kanser pada usus dan paru-paru kecuali ada sedikit jangkitan kuman pada kawasan paru-paru.

Baik, jujur saya katakan saya tak tahu dan kurang pasti apa "makanan" yang saya ambil sehingga ia menyumbang kepada keputusan yang baik tu. Dan apa yang bakal saya kongsikan ini xde lah "WOW FACTOR" sangat. Mungkin ayahanda dan bonda dah cuba dah pun.

Cuma mungkin Allah perkenan apa yang saya makan. Saya tak menjanjikan bulan dan bintang tapi saya cuba untuk kongsikan setakat mana yang saya tahu dan amal.

Baik, buat permulaan ni saya akan bahagikan kepada beberapa bahagian. Pemakanan, Minuman, Aktiviti dan Doa. Kita mula dulu dengan pemakanan.

1. Pemakanan

Saya ni jenis s**a makan. Asyik makan je kerja nya. Lagi-lagi bila ada ceramah. Setiap kali lepas ceramah mesti ada makan. Jarang takde makan. Kadang masa ni terpaksa "cheat day". Makanan sedap sangat. Hehe.

Apa yang saya makan? Saya ni sangat s**a makan nasi. Payah tinggal nasi. No wonder lah saya semakin gemuk.

Pada sesiapa yang sedang kemo, pastikan jangan tinggalkan nasi. Tak boleh nak masuk pun cuba makan sedikit. Sebab ubat Xeloda dan kebanyakan ubat kemo boleh menyebabkan gastrik. Sama juga halnya pada mereka yang ambil ubat Oxaliplatin + Xeloda. Kena makan guaner-guaner pun.

Kalau kita x makan sebelum makan ubat, dan kita terus makan ubat. Kompom gastrik. Terasa macam ubat kemo tu makan makanan yang kita makan tadi. Tu yang boleh gastrik tu.

Ada yang kata daging jangan ambik langsung. Maksud saya daging merah. Betul juga. Tapi saya xde lah tak makan daging terus. Saya makan juga tapi kuantiti sedikit dan tak selalu. Masa kena Kanser Usus aritu hampir setahun tak makan daging.

Daging ayam saya makan, ikan apatah lagi. Fevret saya ikan. Kadang kita bosan juga makan ayam kan. Malam ni saya ada jemputan ceramah. Biasanya lepas ceramah AJK Masjid ajak makan. Dan malam ni Sup Kambing. Biasanya lah. Makan sedikit. Jangan tak makan langsung daging.

Sayur? Semua sayuran hijau saya s**a. Walaupun tiada bukti khusus sayuran boleh membunuh kanser tapi ia sangat membantu mendapatkan serat, vitamin, mineral dan fitokimia yang menyokong kesihatan keseluruhan.

Berikut adalah sayuran yang baik untuk diambil bagi pesakit kanser.

๐Ÿฅฆ 1. Brokoli โ€” antara yang paling utama

Mengandungi sulforaphane, sebatian daripada keluarga cruciferous yang banyak dikaji dalam penyelidikan kanser.

๐Ÿฅฌ 2. Kubis, kubis bunga & kailan

Juga daripada keluarga cruciferous dan mengandungi glucosinolates, yang menghasilkan sebatian bioaktif seperti sulforaphane.

๐Ÿ… 3. Tomato

Kaya likopena, sejenis karotenoid antioksidan. Memasak tomato dengan sedikit minyak boleh meningkatkan ketersediaan likopena.

๐Ÿฅ• 4. Lobak merah

Tinggi beta-karotena dan karotenoid lain yang mempunyai aktiviti antioksidan.

๐Ÿซ‘ 5. Capsicum merah

Sangat kaya vitamin C dan karotenoid serta pelbagai fitokimia.

๐Ÿฅฌ 6. Bayam

Mengandungi lutein, beta-karotena, vitamin C dan pelbagai polifenol.

๐ŸŸฃ 7. Kubis ungu

Kaya anthocyanin, pigmen antioksidan yang memberikan warna ungu.

๐Ÿง„ 8. Bawang putih & bawang merah

Mengandungi sebatian sulfur seperti allicin dan flavonoid seperti quercetin.

Daripada 7 jenis sayuran ini. Semua saya makan tapi yang paling kerap adalah bayam, kobis, bunga kobis, lobak dan kailan. Antara lain sayuran yang dimakan, kangkung, nangka, timun, pak choy dan satu lagi fevret saya pucuk ubi.

Ada banyak lagi tapi nanti bila saya ingat saya akan share ya.

Cuma nak pesan pada pejuang Kanser Usus. Perbanyakkan memakan sayuran hijau untuk membantu sistem penghadaman yang baik. Percayalah. Ke semua sayur di atas sangat membantu. Tolonglah makan sayur ya.

Nasihat saya, buat masa ni ambik makanan yang original dulu. Maksud saya real food. Jangan ambik makanan tambahan seperti supplemen dulu. Kalau nak ambik boleh bertanya pada doktor ya.

Orang bertanya, saya ambik tak supplemen. Dulu ya! Sekarang tak.

Kenapa tak ambik? Dulu masa mula-mula kena kanser usus. Banyak lah rakan-rakan, rakan dalam FB, cikgu-cekgi, rakan-rakan pensyarah yang suruh cuba produk ini, produk itu.

Antara yang paling banyak promosi pada saya adalah, SHIRUTO!

Saya ambik tak Shiruto? Ya benar. Saya beli dan minum. Cuma sebelum kemo tu, saya tanya doktor, "Doktor kata jangan ambik. Saya tak benarkan, sebab ramai pesakit saya hang ambik Shiruto, tak lama kemudian datang jumpa saya ada masalah buah pinggang. Risau ubat kemo dan Shiruto tak boleh gabung". Tu kata doktor.

2 bulan selepas pembedahan Kanser Usus, masa ni dah mula kemo, sebab keras kepala dan ingin mencuba saya beli Shiruto. Banyak juga lah beli.

Mula-mula dulu ejen tu kata, ambiklah 1 sachet pagi, 1 sachet malam. Kemudian naik 2 sachet pagi, 2 sachet malam, kemudian naik lagi 4 sachet pagi, 4 malam.

Dipendekkan cerita..

Tiba hari CT Scan dan Colonoscopy.

Hasil Keputusan Oktober 2025, terdapat 1 bintik kecil pada paru-paru kiri bahagian atas. Disyaki kanser.

Ujian Colonoscopy p**a menjumpai polip di bahagian jahitan usus. Doktor ambik sampel dan terus buang polip tersebut, dikhuatiri boleh membesar menjadi kanser.

Saya kemudian diarahkan buat PET Scan. Seperti dijangka terdapat kanser di paru-paru. Lebih mengejutkan bukan 1 tapi dua kanser.

Saya terus berhenti ambik Shiruto. 1 lagi harganya mahal. Bukannya murah. Bayangkan kalau minum 4 sachet pagi, 4 sachet malam. Mau papa kedana dibuatnya.

Jadi saya beranggapan Shiruto tak sesuai dengan saya. Dan saya anggap Allah masih mahu menguji saya.

Buat ejen, nak jual silakan. Cuma jangan over claim, Shiruto boleh sembuhkan pesakit kanser. Mohon ya.

Jadi terp**ang pada sahabat pejuang nak ambik atau tak. Mungkin ia sesuai, mungkin tidak.

Ok balik semula pada pemakanan tadi.

Kesemua makanan tadi terutamanya sayuran bukan je baik untuk pesakit kanser tetapi untuk HATI pun baik. Ingat tak saya cerita sebelum ni, bacaan hati saya tak baik. Doktor kata ada lemak pada hati. Omputeh panggil Fatty Liver. Tiap kali check, tiap kali keputusannya tak baik.

Dan bacaan tak baik ini sudah berlarutan sejak Oktober 2025 sampailah Ogos 2026. Tapi Jumaat minggu lepas doktor kata bacaan HATI sangat baik. Bacaan darah pun cantik.

Doktor siap tanya "awak" ada makan apa-apa supplement ke? Sebab rasa macam baru ni tak elok, sekarang dah cantik bacaan". Saya jawab, "Takde".

Cuma sedikit lah yang saya perasan. Saya banyak makan badam. Yer banyak tapi terkawal. Maksud terkawal tu dalam sehari saya makan 6 biji, maksima 10 biji. Tapi setiap hari.

Buah p**a saya makan buah epal sebab ia tinggi serat terutama pektin. Merah ke hijau silakan. Dua-dua boleh. Cuma epal hijau macam masam sikit. Kadang saya makan buah jambu batu (tinggi vitamin C dan antioksidan).

Selain di atas boleh juga cuba:

Lobak merah & labu โ€“ kaya beta-karotena.

Avokado โ€“ mengandungi lemak tidak tepu yang baik.

Buah beri, oren โ€“ tinggi vitamin C dan antioksidan.

Saya ada juga makan sardin, ikan kembung. Katanya kaya dengan sumber protein dan omega3. Saya peminat sardin. Pehhhhhhh. Meleleh air liur masa menaip.

Seperti yang dinyatakan di atas tadi, saya banyak memakan badam dan kacang dan jagung. Sedikit tambahan, ada yang bertanya, boleh atau sesuai ke tak makan lada?

Ya, lada boleh dimakan oleh pesakit kanser usus dan kanser paru-paru, dan secara umum ia tidak menyebabkan kanser menjadi lebih teruk. Lada/cili mengandungi capsaicin dan mempunyai sebatian antioksidan.

Cuma perlu ambil dalam kuantiti sedikit. Jangan melampau sangat. Siap kunyah jadikan cili macam ulam. Jeng kreng. Hehe.

Oh ya sebut pasal ulam, kalau boleh elakkan sayuran mentah buat mereka yang sedang kemoterapi. Kita dinasihatkan memakan makanan yang dimasak, bukan mentah dan bukan juga separuh masak. Makan makanan yang betul-betul masak.

Dan satu lagi, doktor bedah usus saya bagi nasihat. Untuk minuman, elakkan gula putih, gula perang, gula melaka. Ganti ngan stevia atau gula semulajadi.

Dia kata lagi, kalau ada duit lebih amalkan minum kelapa. Cuma janganlah terus tak minum manis. Sekali sekala minum lah.

Kadang-kadang saya ter makan juga aiskrim, ter minum Zus Coffee, ter minum Tealive. Banyak p**a ter... Tapi ingat, minum berpada-pada. Dan biasanya saya minum manis selepas ujian darah.

Bulan Ogos ni saya sangat banyak minum kelapa. Banyak khasiat kelapa untuk kesihatan, bacaan gula, darah dan kolesterol. Mungkin itu salah satu sebab bacaan hati dan darah saya cantik. Dengan izin Allah.

Tapi tapi tapi... bagi mereka yang ada diabetes, kencing manis, mohon jangan minum air kelapa terlalu kerap atau banyak. Kerana ia mengandungi potasium/ kalium yang tinggi. Mungkin boleh mempengaruhi kadar bacaan nanti.

Boleh ambik tapi jangan berlebihan. Selain tu, boleh cuba juga Durian Belanda (Sabah panggil Lopunjeng), Ubi Kayu Rebus.

Oh ya, ada yang bertanya boleh tak makan makanan proses? Jawapannya nehi! ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Buat masa ni burger ke nugget ke sosej ke, mohon jangan dulu yer. Terutama yang baru dapat kesan kanser atau baru lepas bedah. Mohon jauhkan dulu.

Kita ikhtiar yer. Moga Allah pandang usaha kita. InsyaAllah. Aamiin ya Rabb.

Panjang dah ni, ni baru Part 1. Ada Part seterusnya, dan lagi dan lagi.

Saya mohon ampun dan maaf andai terlambat. Minta maaf semua. Mudah-mudahan memberi sedikit info buat pejuang di sana.

Tak habis lagi, insyaAllah saya sambung kemudian. Panjang sangat dah ni. Maaf kalau ada banyak typo sana sini. Almaklumlah kebas. Bukan setakat kebas jari jemari ni dah gemuk dah. Haha.

Mohon maaf juga jika ada kesalahan terma hang digunakan. Mohon share jika sudi. Ramai yang bertanya risau post ini tak sampai pada mereka

Yang Bulat,

Pejuang Kanser Usus Tahap 3
Pejuang Kanser Paru-Paru Tahap 4

Kredit: Faris Firdaus Fastaqeem

16/08/2026

40 KELEBIHAN DAN FAEDAH BERSELAWAT KE ATAS BAGINDA RASULULLAH ๏ทบ

Menurut Imam Ibn Qayyim ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡ dalam kitab Jalฤโ€™ al-Afhฤm fฤซ Faแธl al-แนขalฤti was-Salฤm โ€˜alฤ Khairil Anฤm.

1. Melaksanakan perintah Allah ๏ทป.

2. Menyertai Allah ๏ทป dalam berselawat ke atas Nabi ๏ทบ, dengan makna selawat yang berbeza.

3. Menyertai para Malaikat dalam berselawat ke atas Nabi ๏ทบ.

4. Mendapat sepuluh selawat daripada Allah ๏ทป bagi setiap satu selawat.

5. Diangkat sepuluh darjat.

6. Dituliskan sepuluh kebaikan.

7. Dihapuskan sepuluh keburukan.

8. Menjadi sebab doa lebih diharapkan untuk dikabulkan apabila didahului dengan selawat.

9. Menjadi sebab mendapat syafaat Nabi ๏ทบ.

10. Menjadi sebab mendapat keampunan dosa.

11. Menjadi sebab Allah ๏ทป mencukupkan seseorang daripada perkara yang merisaukannya.

12. Mendekatkan seseorang dengan Nabi ๏ทบ pada Hari Kiamat.

13. Selawat boleh menggantikan sedekah bagi orang yang tidak mampu.

14. Menjadi sebab tertunainya hajat.

15. Mendapat selawat daripada Allah ๏ทป dan para Malaikat.

16. Menjadi penyucian dan pembersihan bagi orang yang berselawat.

17. Menjadi sebab mendapat berita gembira dengan Syurga sebelum kematian.

18. Menjadi sebab terselamat daripada kedahsyatan Hari Kiamat.

19. Menjadi sebab Nabi ๏ทบ membalas selawat dan salam orang yang berselawat dan memberi salam kepada Baginda.

20. Menjadi sebab seseorang mengingati kembali perkara yang telah dilupakannya.

21. Menjadikan majlis lebih baik dan harum serta menghindarkan penyesalan pada Hari Kiamat.

22. Menjadi sebab terhindar daripada kefakiran.

23. Menjauhkan seseorang daripada sifat bakhil apabila nama Nabi ๏ทบ disebut tetapi dia tidak berselawat.

24. Menyelamatkan seseorang daripada ancaman dan doa keburukan kerana meninggalkan selawat ketika nama Nabi ๏ทบ disebut.

25. Meletakkan seseorang di atas jalan menuju Syurga, sedangkan meninggalkan selawat menyebabkan seseorang tersasar daripada jalan tersebut.

26. Menyelamatkan majlis daripada menjadi majlis yang buruk kerana tidak disertai zikrullah dan selawat ke atas Rasulullah ๏ทบ.

27. Menjadi sebab sempurnanya ucapan yang dimulakan dengan memuji Allah ๏ทป dan berselawat ke atas Rasulullah ๏ทบ.

28. Menjadi sebab bertambahnya cahaya ketika melalui Sirat.

29. Mengeluarkan seseorang daripada sifat jafฤโ€™ โ€” kekasaran hati dan kurangnya adab terhadap Rasulullah ๏ทบ.

30. Menjadi sebab Allah ๏ทป memberikan pujian yang baik kepada orang yang berselawat di sisi penghuni langit dan bumi.

31. Menjadi sebab keberkatan pada diri, amalan, umur dan perkara-perkara yang membawa kemaslahatan.

32. Menjadi sebab memperoleh rahmat Allah ๏ทป.

33. Menambah dan menguatkan kecintaan kepada Rasulullah ๏ทบ.

34. Menjadi sebab bertambahnya kecintaan Rasulullah ๏ทบ kepada orang yang berselawat kepadanya.

35. Menjadi sebab mendapat petunjuk dan menghidupkan hati.

36. Menjadi sebab nama orang yang berselawat dibentangkan dan disebut di sisi Rasulullah ๏ทบ.

37. Menjadi sebab diteguhkan kaki di atas Sirat dan dapat melaluinya.

38. Menunaikan sedikit daripada hak Rasulullah ๏ทบ serta bersyukur kepada Baginda atas nikmat yang Allah ๏ทป sampaikan kepada kita melalui Baginda.

39. Mengandungi zikrullah, syukur kepada Allah ๏ทป dan pengakuan terhadap nikmat pengutusan Rasulullah ๏ทบ, bahkan mengandungi asas-asas keimanan.

40. Selawat seorang hamba kepada Nabi ๏ทบ merupakan suatu doa; iaitu memohon kepada Allah ๏ทป agar memuji, memuliakan, menambah kemuliaan, mengangkat sebutan dan meninggikan kedudukan Rasulullah ๏ทบ.

๐ŸŒฟ Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad ๏ทบ, khususnya pada bulan Rabiโ€˜ul Awwal.

Semoga selawat yang keluar daripada lisan kita menjadi sebab bertambahnya cinta kepada Baginda ๏ทบ, hidupnya Sunnah Baginda dalam diri kita, dan kita dikumpulkan bersama Baginda ๏ทบ di akhirat kelak.

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูู…ู’ ูˆูŽุจูŽุงุฑููƒู’ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠู‘ูุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ๏ทบ

โ€” Diringkaskan dan disusun berdasarkan 40 faedah yang dihimpunkan oleh Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡ dalam kitab Jalฤโ€™ al-Afhฤm.

14/08/2026

Ya Allah, bukakanlah pintu-pintu rezeki yang tidak kami sangka, mudahkanlah urusan yang terasa berat dan gantikanlah setiap kesulitan dengan jalan keluar yang terbaik daripada-Mu. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

11/08/2026

Bagaimana Kita Membuat Keputusan Dalam Memilih Makanan?

Dalam kehidupan seharian, kita sering berdepan dengan pilihan โ€” beli atau tidak, yakin atau masih ragu-ragu?

Begitu juga apabila memilih makanan.

Poster ini cuba memberikan satu panduan ringkas berbentuk carta alir untuk membantu kita membuat keputusan dengan lebih teratur, khususnya apabila berkaitan dengan aspek halal, sumber bahan, kebersihan dan keyakinan terhadap sesuatu makanan atau premis.

Bukan bertujuan untuk menghukum atau menuduh mana-mana pihak.

Sebaliknya, moga poster ini membantu kita berhenti sejenak, menilai dan membuat pilihan dengan lebih berhati-hati dan berhemah.

Kerana dalam banyak perkara, keputusan yang baik bukan dibuat kerana ikut rasa semata-mataโ€ฆ

tetapi selepas kita mempunyai keyakinan yang munasabah terhadap apa yang kita pilih. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Semoga bermanfaat dan boleh dikongsikan kepada mereka yang mungkin memerlukannya.

10/08/2026

Ya Allah, cukupkanlah apa yang kami perlukan, ampunkanlah apa yang kami lakukan, sembuhkanlah apa yang sakit dalam diri kami dan mudahkanlah segala urusan yang sedang kami hadapi. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kajang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Kajang