Kekla Firell
Kepakaran saya membantu wanita mengatasi, mencegah dan bangkit melawan penyakit kanser untuk kembali sihat
06/03/2022
Cubalah amalkan selepas solat Subuh. Maksud kena tahu sekali supaya lebih khusyuk dan lebih memahami.
Allahumma Ya Barik - Allah Yang Maha Merancang
Allahumma Ya Fattah - Allah Yang Maha Membuka Matahati
Allahumma Ya Razzak - Allah Yanv Maha Pemberi Rezeki.
Insyaallah, percaya pada Allah SWT. Rasai lah kemanisan ni sendiri. Kongsikan.
25/02/2022
PETUA UNTUK MENJADI WANITA CANTIK 😍😍
1. Amalkan bangun pagi dan mandi sebelum masuk Azan Subuh.
2. Sebaik bangun tidur, sebelum menggosok gigi, minumlah 1 gelas air putih bersuhu bilik. Kulum air tegukan pertama di dalam mulut untuk seketika dan bacakan dalam hati Selawat Nabi 3 x, barulah disusuli dengan menghabiskan segelas air tersebut
3.Sewaktu membasuh muka di awal pagi atau setiap kali membasuh muka,tadah air ditapak tangan sambil bacakan Selawat Nabi 3x, hembuskan pada air dan usapkan air tersebut ke wajah bermula dari dagu menaik ke atas hingga ke dahi, ulang usapan ini sebanyak 3 x. Jangan basuh muka bermula dari dahi turun ke dagu kerana ini menyebabkan muka cepat berkedut.
4. Selepas solat Subuh, bacalah Surah Yusuf, kemudian teguk sebanyak 3 kali sahaja air suam, InsyaAllah ia membuatkan wajah awet muda dari usia sebenar.
5. Selepas solat Isya', amalkan baca Al-Fatihah 1 x, Ayatul Qursi 1 x dan surah Al-Waqiah dari ayat 35 hingga 38 sebanyak 7 x, ditiupkan pada segelas air dan niatkan
"Ya Allah perindahkanlah tubuh dan rohku dan perbaikilah hubungan dengan suamiku".
6. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 juga elok dibaca di dalam hati sebanyak 3 x sebelum jirusan pertama air ke badan sewaktu mandi
7. Jangan makan bersulam air, sebaiknya minum air kosong 1 gelas 30 minit sebelum makan, dan 30 minit selepas makan
8. Amalkan membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah SWT
9. Perbanyakkan Selawat Nabi, sentiasa sedekah senyuman, perbanyakkan solat Tahajud
Jom follow ig kami (VMM) utk dptkan b*k info, amalan, tips dan petua menarik yang jarang dikongsi dimana-mana :
https://instagram.com/eddyrusdi/ (klik dan follow)
*Berminat iklan di VMM inbox admin utk dptkan t&c.ok.tq
17/02/2022
"Khasiat Surah Al-Ikhlas"
1 -Tercapai Setiap Hajat
Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat Subuh dan Maghrib, berdoalah minta apa yang dihajati, Allah akan mengabulkan semua yang dimaksudkan.
2 - Penawar Penyakit
Apabila kita membaca Surah Al-Ikhlas 3 X selepas setiap solat fardu, kita mengubati diri kita sendiri. Daripada Abu Hurairah; Rasululllah SAW bersabda: “Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (Rohani / Jasmani).” (HR: Ibnu Majah r.a.)
3 - Menghindari Kesukaran
a - Jika dibaca 3 surah ini – Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas pagi dan petang, nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
b -Bacalah Surah Al-Ikhlas 3 X sebelum terbit matahari dan 3 X selepas terbenam matahari. Allah selamatkan dari segala kejahatan.
4 - Menundukkan Orang Zalim
Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat fardhu, kemudian bacalah doa berikut;
“Sesungguhnya daku menguasakan roh surah ini, panas dan sejuk, kepada roh…. (sebutlah nama orang berkenaan) yang zalim itu.”
InsyaAllah berhasil.
5 - Dijauhkan Dari Ketamakan Orang Lain
a - Bacalah lafaz ‘YA SHAMAD’ 133 kali setiap hari secara. InsyaAllah, akan selamatlah kita dari maksud jahat orang-orang yang rakus lagi aniaya.
b - Bacalah lafal ‘YA SHAMAD’ 40 kali setiap hari. InsyaAllah selama hayat masih dikandung badan kita selalu selamat dari maksud jahat orang-orang yang rakus.
6 - Mengurangkan Rasa Lapar dan Dahaga
Bagi menghindari perasaan lapar dan haus, terutama orang yang dalam bermusafir atau ditempat yang jauh dari keramaian dan sukar dapat air atau makanan, maka bacalah Surah Al-Ikhlas dan dikuti lafaz ‘YA SHAMAD’ sebanyak-sebanyaknya. InsyaAllah rasa payah, letih, dahaga dan lapar akan sirna dengan sendirinya, sehingga badan kuat untuk meneruskan tujuan.
7 - Menghindarkan Dari Segala Bala Bencana.
Baca Surah Al-Ikhlas ini 1,000 kali pada waktu antara solat Maghrib dan Isyak. Berkat dari bacaan ini, InsyaAllah semua bala bencana dan mara bahaya akan terhindar.
8 - Beroleh Kebaikan Dunia dan Akhirat
Bacalah Surah Al-Ikhlas selepas selesai solat fardhu sebagai amalan harian. InsyaAllah berkat surah Al-Ikhlas yang kita baca itu, kita akan mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat.
9 - Terhindar Dari Fitnah Dan Siksa Kubur.
Bacalah Surah Al-Ikhlas pada orang yang sedang sakit. Seandainya orang sakit itu meninggal pada hari itu juga, maka InsyaAllah dia akan diselamatkan dari segala fitnah kubur.
10 - Pelbagai Guna
Dawamkan 100 kali setiap hari sehabis solat Maghrib tanpa batas waktu… InsyaAllah banyak manfaatnya, antaranya adalah :
– sebagai benteng/pagar diri
– sebagai suplemen/vitamin lahir/batin (sehat jiwa raga jauh dari penyakit apapun)
– anti sihir/santau
– mahabbah
– murah rezeki
– perubatan
– membuka hijab
– perlindungan dari zina
– bersih dan sucikan hati kita.
Kita telah lihat betapa besarnya fadhilat dan kelebihan orang yang membaca Surah Al-Ikhlas ini. Khasiat yang telah disebut di atas cukup berguna untuk bekalan hidup, baik untuk suatu hajat atau untuk perisai badan agar sihat wal afiat dan terhindar dari sebarang gangguan. Hadiah yang begitu banyak dan pahala yang besar diberikan Allah SWT kepada mereka yang membiasakan membaca surah Al-Ikhlas secara istiqamah.
Namun begitu, kita tidak seharusnya hanya memikirkan ganjaran tersebut kerana ia merupakan kehendak Allah SWT bagi sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Dengan membaca Surah Al-Ikhlas adalah merupakan kecintaan kita kepada Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Maka marilah kita mempraktik dan memperbanyakkan membaca surah ini secara konsisten.
Alhamdulillah ♥️
17/02/2022
MEMBURU TAHAJJUD
Selalu pasang niat nak bangun solat sunat tahajjud pada sepertiga malam?
Tapi tak pernah berjaya?
Atau menunda-nunda bunyi alarm sehingga terlepas waktu?
Disini saya ingin kongsikan beberapa tips yang boleh anda cuba.
In shaa Allah ..
Semuanya dengan izin Allah.
1 - Pastikan solat isyak telah dilaksanakan (usahakan untuk solat pada awal waktu).
2 - Selepas solat dan berdoa, sambunglah ibadah dengan membaca Al-quran. (Kalau berniat nak tidur selepas solat isyak seeloknya bacalah terlebih dahulu Surah Al-Mulk).
3 - Sebelum melelapkan mata disunatkan untuk menepuk-nepuk bantal sebanyak 3x dan mengibaskan selimut sebanyak 3x jugak dengan niat untuk mengikut sunnah Nabi Muhammad sebelum tidur.
4 - Baca ayat Qursi, Basmalah 21x, Surah 3Qul, doa tidur dan kalimah syahadah.
5 - Bagi yang ada simpan bacaan surah-surah dalam handphone boleh dengar guna earphone. Memang boleh lena dan mudah untuk bangun. Jangan lupa set alarm untuk bangun.
6 - Kemudian tidur dan niat untuk bangun tahajjud pukul 5 pagi. Mohonlah pada Allah untuk sedarkan kita dari lena.
7 - Bunyi alarm bangun terus, kalau nak tunda boleh tapi jangan sampai x ckup masa nak solat atau sampai terlepas waktu.
8 - Baca doa tidur dan bangkit untuk mandi atau berwudhu' dan lakukan solat tahajjud.
Usahalah buat hari-hari.
Pasang niat hari-hari.
Bila dah dapat buat tu akan rasa nikmat sangat.
Rasa nak buat lagi dan lagi.
Alhamdulillah ♥️
Sumber : mohd ibrahim
15/02/2022
BADAN FIRAUN MENCERITAKAN RAHSIA CARA KEMATIANNYA
Jasad Firaun diselimut dengan kain kafan selebar 1.5 meter dan panjang 4.5 meter. Topeng emas dikenakan pada bahagian muka dan bahu. Setelah isi perut dikeluarkan dan diisi dengan kayu-kayan dan bunga-bunga kering selepas garam nitrat dilumurkan, teknik Mesir Kuno menanam mayat, jasad diletakkan di dalam peti kayu selepas dilapiskan dengan kain kafan emas sebelum dimasukkan ke dalam peti lain, yang diperbuat daripada granit. Jasad Firaun dikebumikan di Luxor, iaitu penempatan makam raja-raja Mesir.
Banyak benar peristiwa yang berlaku di makam pengebumian mumia Firaun. Rakyat mencuri, merompak, dan merampas kesemua emas-emas yang ada, harta benda yang ditanam sekali dengan mumia menyebabkan Ramses XI, penguasa terakhir dari Dinasti XXI, memerintahkan supaya seluruh mumia Firaun dipindahkan ke makam rahsia di Dar Al-Bahr. Ini berlaku pada tahun 969 SM.
Selama 2800 tahun penempatan baru makam-makam mumia Firaun itu tidak dikenalpasti. Sehinggalah pada tahun 1872 M, seorang petani Mesir menemui satu pintu masuk menuju ke makam rahsia para Firaun. Petani ini mencuri sekian banyak barang emas dan harta benda yang terdapat di penempatan baru itu. 10 tahun kemudian, pihak berkuasa Mesir menyedari hasil penemuan tersebut dan pada Julai 1881 M, Jabatan Pemuliharaan Benda-benda Purbakala Mesir memindahkan seluruh mumia ke Muzium Nasional Mesir.
Pada tahun 1902, para arkeologis Mesir mula mengkaji, membuka satu-persatu helaian kain kafan mumia dan merasa terkejut apabila salah satu dari mumia-mumia Firaun itu tangannya terangkat ke atas. Hal ini membolehkan arkeologis mengenal pasti yang manakah Ramses II kerana seperti yang diceritakan, tangan Ramses II dengan kuat menahan gelombang air yang berlipat dahsyat menghempap dirinya.
Lebih kurang 70 tahun kemudian, iaitu tahun 1975, Perancis menawarkan bantuan kepada kerajaan Mesir untuk terus mengkaji mumia Firaun Ramses II yang sangat terkenal itu. Hal iti diterima baik oleh Mesir dan pengkajian dipimpin oleh Dr. Maurice Bucaille yang merupakan seorang doktor pakar bedah dan autopsi Perancis. Mari kita lihat apakah penemuan Dr. Maurice Bucaille selepas pembedahannya terhadap mayat Ramses II.
Dr. Bucaille menjumpai sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad Firaun dan ini merumuskan bahawa garam ini ialah akibat begitu lama tenggelam di dalam laut. Di dalam laporan beliau berjudul "Sebuah Penelitian Perubatan Moden" atau tajuk asalnya, "Les Momies Des Pharaons Et La Midecine", Dr. Bucaille mengemukakan teknik-teknik yang digunakan oleh Mesir Kuno yang sangat ajaib kerana berjaya mengekalkan mayat yang telah tenggelam di dalam lautan kerana itu agak mustahil.
Tidak lama selepas itu, Dr. Bucaille mendapat pengkhabaran bahawa hal ini tidak mengejutkan bagi orang Islam kerana Al-Quran sudah memberitahunya sejak lama. Dr. Bucaille terkejut dan terus mencari kebenarannya. Apabila beliau merujuk kepada Injil sekalipun, ia hanya mengatakan bahawa Firaun tenggelam ketika mengejar Bani Israel, tidak disebutkan p**a berkaitan mayat Firaun akan terpelihara (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15). Lalu, Dr. Bucaille merujuk Al-Quran p**a.
Surah Yunus ayat 92 ini memberikan jawapan kepada persoalan Dr. Bucaille:
"Pada hari ini, Kami biarkan kamu terlepas dengan badanmu yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut. Ini sebagai tanda untuk orang-orang selepasmu, supaya kamu mengambil iktibar. Sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada memerhati dan memikirkan tanda-tanda kekuasaan Kami." (Yunus:92).
Kalimah "Alyaum" datang dalam bentuk "makrifah", bererti ia khusus dan diketahui, dan ia merujuk kepada hari ini. Dan Allah berfirman lagi, "... kamu terlepas dengan badanmu," disebut "badan" kerana ia bererti Allah menjaga badannya sahaja, bukan nyawanya. Sebab itu jasad mumia Firaun masih elok terjaga dan tidak reput. Yang paling menarik, Allah menyebutkan terus siapakah sasaran Allah kepada mumia ini, iaitu "liman khalfaka", orang-orang selepas kamu. "Li" (لِ) digunakan dalam keadaan khusus kepada seseorang, berbeza dengan (إلى) yang digunakan untuk menuju kepada sasaran yang umum. Bererti, bukti mumia ini khusus hanya kepada mereka yang mahu mengambil iktibar.
Dan diakhirnya, Allah tetap memberitahu masalah paten semasa, iaitu "kelalaian", atau alpa, atau lebih tepat, "tidak rasa nak ambil tahu" tentang tanda-tanda kekuasaan ini.
Disebabkan ayat ini. Dr. Bucaille mengucapkan dua kalimah syahadah dan mengakui kebenaran Al-Quran yang berusia 1400 tahun, tetapi sudah menjawab persoalan yang bermain di dalam kepala beliau. Malah, dengan jelas menyatakan apa yang beliau kemukakan, iaitu pemeliharaan jasad Firaun, yang langsung tidak disebutkan oleh Injil dan Taurat.
Itu bukan penamat bagi karier Dr. Bucaille. Beliau kemudiannya mengkaji seluruh isi Al-Quran dari perspektif sains dan mengeluarkan beberapa buku seperti "The Bible The Quran And Science" yang diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Laporan beliau berkaitan teknik perubatan mumia yang disebutkan di atas menatijahkan beliau meraih anugerah penghargaan tertinggi kerajaan Perancis iaitu "Le Prix Diane Potier-Boes" dan anugerah Prix General daripada "Academie Nationale De Medicine", Perancis.
Terima kasih Dr. Yahya Maurice Bucaille (nama selepas Islam) kerana akhirnya membuktikan kebenaran Al-Quran dan mengeluarkan kami dari kemaruk "ghafilun" (alpa) dari memerhati "tanda-tanda kekuasaanNya".
Credit :
Hafizul Faiz
Refleksi Kisah Nabi Musa 16: Jasad Firaun Dan Terima Kasih Kepada Dr. Yahya Maurice Bucaille
26 Oktober 2015
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the business
Telephone
Website
Address
Pasir Gudang
Johor Bahru
81700