Anne Jae Kae

Anne Jae Kae

Share

Oh hi.🀭
Blessed Traditional Spa Therapist. Single parent to a child. Life must go on.

07/07/2026

Pelajaran hari ini adalah tentang bertenang, redha (berlapang dada), dan bersyukur.

Jika kita BELUM MENGETAHUI tentang sesuatu, dan kita dengar dari orang lain tentang sesuatu, dimomokkan dengan segala itu ini tentang sesuatu itu, mungkin lebih baik kita ambil semua apa yang kita dengar itu sebagai perkara yang perlu dibuktikan; dicari info sahihnya dengan semua cara yang boleh, di internet, atau berhubung terus dengan pihak berkaitan - wasap, emel etc, atau kalau berani sikit, pergi terus ke tempat yang dikatakan tu, jumpa berdepan dengan pihak tersebut.

Dengan cara tu, barulah kita tahu keadaan yang sebenarnya.

Contoh paling simple, dalam hal saya, adalah cari kerja di spa.

Secara peribadi, pengalaman bekerja dengan 3 spa sebelum ni tak berapa baik.

Work bully.
Tiada hitam putih perjanjian pengambilan bekerja part-time/ freelance, pembayaran komisen, tiada jadual training, tiada target training.
Tiada cuti.
Spa tutup tapi kena datang jaga spa.
Peranan yang samar di tempat kerja.
Asal perjanjian, gaji sekian tapi bila dah sebulan bekerja, gaji dijanjikan kurang banyak dari yang asal.
Kita freelance sahaja, tapi manager suruh buat kerja spa sama rata macam staff-staff lain yang bergaji penuh.
Staff mengadu senyap-senyap di belakang, itu biasa, dan Manager akan menangkan staff.

Macam-macam lagi....

Tak cukup dari momokan dari pengalaman sendiri, tambah pulak orang luar yang tak pernah ada pengetahuan tentang kerja spa - EH KERJA URUT TU DAH MACAM PELACUR. MESTI KENA URUT LELAKI JUGAK KAN. URUT SPA NI BIASANYA KAT BILIK HOTEL KAN. MESTI BERDUA-DUAAN JE KAN. PAHAM-PAHAM LAH KALAU DAH TAK BERBAJU TU KALAU URUT LAIN JANTINA.

Amboi liar sungguh momokan tu.

Tapi itulah cabarannya di awal saya nak mulakan kerjaya ni.

Sudahlah pernah kena ugut,

"Kau ingat dengan sikap tak profesional kau ni, kau boleh pergi jauh ke?".

"Aku akan pastikan kau takkan jejak kaki lagi kat spa ni, aku akan pastikan nama kau blacklisted terus, jangankan dari spa ni, dengan company sekali kau takkan dapat peluang kerja sini".

"Kau nak buat report? Reportlah. Kau ingat Bos akan percaya cakap kau? Kau ingat sikit eh, aku dah lama kerja sini, kau tu baru berapa bulan, mentah lagi, of course Bos akan percaya aku. Kalau kau report kat orang lain pun, aku akan tahu juga, ramai akan sampaikan kat aku, dalam tu ramai lah geng aku, so lupakan jelah pasal nak buat report tu" (angkuhnya manusia).

*******

Tiba-tiba rezeki Jumaat lepas, datang ke sebuah spa dengan hanya bertangan kosong, dengan niat yang hanya ingin bertanya soal itu dan ini, segala yang rumit dalam kepala. Minta izin untuk bertemu dengan Manager. Pendek cerita, saya faham semua yang diterangkan. Persoalan terjawab.

Kemudian Manager minta izin, "Boleh saya rasa urutan awak harini, sekarang?". Saya tanpa ragu, terus jawab, "Ya, boleh". Entah kenapa tak berfikir, terus jawab dan terus ik*t Manager ke bilik urut di spa berkenaan.

Lepas 30 minit, feedback Manager sangat-sangat mengejutkan saya. Dia kata urutan on-point, pressure ok, cuma kalau nak join team spa, perlu belajar sikit step urutan yang dah ditetapkan dalam Standard Operation Procedure (SOP), itu saja.

Tak ada benda yang indah belaka. Dari perbincangan, ada hal yang syok, ada hal yang tak best. Betapa pentingnya keputusan yang perlu dipertimbangkan. Saya redha.

Saya diberi masa beberapa hari untuk pertimbangkan jika berminat dan diminta tunggu untuk Manager wasap saya semula.

Tiba masanya, Manager wasap tanya, masih berminat nak join team spa?

Rasa-rasa apa jawapan saya?

*******

Setelah diteliti, difikir dalam-dalam, tawakal. Saya terima.

Bila sudah beberapa hari join, rupanya terlalu banyak beza pengalaman kerja yang dahulu dengan sekarang. Mungkin kat spa ni, ada beberapa staff merasakan yang bergaji itu lebih terjamin, lebih baik. Tapi saya tekankan kepada mereka, tak semua yang mereka nampak itu indah seperti yang disangka. BERSYUKUR LAH DENGAN KERJA SEDIA ADA.

Saya malah tercakap, "Kalau lah saya tahu spa ni (team spa sekarang) wujud lebih awal". Pun begitu, saya tetap bersyukur akhirnya Allah arahkan ke sini.

Dan saya bersyukur staff di sini awal-awal sudah pesan,

"Mental kena kuat".

"Kita mungkin akan bergaduh sesama kita, akan stress, tapi nanti ok balik".

"Kita mungkin akan ada cara urut masing-masing, tapi setiap cara kita takkan ada yang salah, masing-masing betul, ada hak untuk tentukan teknik urutan ik*t keselesaan asalkan masih follow SOP".

"Kita sama-sama cari rezeki". MasyaAllah....

InsyaAllah.

*******

Jika kau yang baca ni sedang tersepit dalam kesulitan, belajarlah untuk bertenang, redha dan ik*tlah ke mana kaki, tangan, hati membawa tubuhmu, meski langkahmu longlai, terkadang yang menggerakkan tu adalah atas kuasa Allah. Tersepit antara dua keputusan itu pasti. Tapi jika bertenang dan redha itu kau susuli dengan syukur, insyaAllah, mudah-mudahan Allah permudahkan semuanya. Ameen.. 🀲🏻

πŸ“· : Islam Diaries

03/07/2026

Alhamdulillah.

Ini orang susah mau duduk diam.🀭

Tak sabar-sabar nak masuk dapur.

Sampai terlupa nak pakai stoking kaki, berjalan laju, terlambat makan.

Begitulah adat orang berniaga F&B (Food & Beverages). Setiap detik, setiap tenaga, setiap peluang, setiap ruang tu $$$. Kalau tak manfaatkan sebaiknya, bye bye $$$. Bergerak laju pun dah biasa sebab auto.πŸ˜…

Pun begitu, tetap Sis Alin beringat. "$$$" yang paling bernilai adalah kesihatan dan kesejahteraan badan. Dan Sis Alin lebih berjaga-jaga lebih-lebih lagi sejarah masa mengandung anak ketiga tiba-tiba darah tinggi hinggap. Kesannya kena sentiasa monitor bacaan tekanan darah (blood pressure).

Sementara Sis Alin berpantang, encik suami banyak membantu uruskan perniagaan Nasi Ayam mereka.

Semoga Sis Alin cepat baik dan dapat bekerja kembali mencari rezeki bersama-sama suami. Ameen.. 🀲🏻

01/07/2026

πŸ“Seksyen 13, Shah Alam.

Klien sini selalu book 1 family terus - 2 hingga 3 orang. Semua gegirlz in da house.

Kisah family besar yang sangat unik terbentuk dari persahabatan erat dua ibu yang langsung tidak mempunyai ikatan darah. Dan mereka grow old together under one roof, membesarkan anak-anak bersama, menjaga satu sama lain tanpa bezakan kasih sayang. Semua anak-anak dah macam adik-beradik. Husbands? There are great single moms.. MasyaAllah..😊

Such a blessing to know them and their unique story.

01/07/2026

Antara kesedihan seorang ibu adalah apabila diuji kehilangan anak ketika mengandung. Tapi pada masa sama kekuatan seorang ibu bilamana redha menjadi sebab utama untuk tidak merasa sedih berlebihan. Masih ada orang-orang tersayang, anak-anak yang perlukan perhatian dan kasih sayangnya.

Itulah yang dialami klien kita ni - Sis Sab.

Dalam keadaan macam tu, penjagaan pantang wajib teruskan untuk pulihkan sakit-sakit badan dan stabilkan emosi.

Masa sesi, sembang sikit, dari tutur katanya dan pemikirannya, Sis Sab ni sangat-sangat positif orangnya.

Alhamdulillah, terima kasih kerana ambil servis Penjagaan Pantang dengan kita.πŸ’•

30/06/2026

πŸ“Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

Nak pergi apartment tu - namanya Apartment Rajawali.😊

30/06/2026

Tulisan ni panjang. Jika anda baca sampai habis, terima kasih. Drop πŸ’•. Jika skip, takpe. Drop πŸ‘πŸ».

*******

Sepanjang menjalankan sesi urut secara mobile (bergerak ke rumah-rumah klien), antara cabaran yang terpaksa dihadapi adalah berkaitan .

Saya faham jumlah bayaran mungkin menjadi pertimbangan. 50% deposit pun orang berfikir-fikir nak dahulukan.

Berdasarkan pengalaman, bila minta payment awal, biasanya akan ada soalan-soalan:-

"Macam mana saya nak tahu Sis tak tipu (scam) saya?".

"Kalau bayar lepas urut, tak boleh ke?".

"Kalau saya bayar ni, tiba-tiba tak jadi, boleh minta refund tak?".

*******

Payment booking biasanya saya akan hold dulu dan akan guna untuk minyak kereta dan tol pada hari appointment.

Pengalaman selepas urut pulak...... seperti dalam gambar. Pernah urut orang berpantang, dia ambil beberapa hari, dia cuma bayar urut untuk hari pertama dan kedua sahaja. Untuk hari-hari seterusnya, saya ada wasap dan tunjukkan kiraan baki dia perlu bayar, dia terus tak reply dah mesej saya, senyap. Mesej saya hantar hanya 1 βœ”.

*******

Jika saya berada di tempat klien, saya faham dilema bayaran sebelum sesi urut. Mungkin pernah kena scam, jadi kita jadi lebih berjaga-jaga lagi-lagi bab serah duit kan.

Pada masa sama, saya adalah tukang urut dan pernah kena 'scam' juga dengan klien (klien tak bayar lepas saya dah balik). Jadi saya pun berjaga-jaga juga bila nak pergi ke rumah klien - ni on ke tak on ni?

Antara kelemahan tak buat booking payment, klien anytime je boleh cancel tanpa bagitahu apa-apa.

Saya pernah deal, klien tersebut terlupa dia dah set appointment (tiada deposit). Masa tu medium yang dia gunakan untuk contact saya adalah Telegram, dan dia set akaun 'private'. Bila set private, saya tak dapat nak tengok nombor fon nya, saya dah hantar mesej reminder untuk datang, update keberadaan saya di mana sepanjang perjalanan dan paling sadis...... dah sampai depan rumah dia. Dia tak ada di rumah! Seingat saya, 30 minit juga tunggu, k*t masuk toilet, solat dhuha, atau urus anak sekejap. Dah ketuk pintu, takde respon. Nak call tak boleh sebab nombor takde. Hanya mesej-mesej kat Telegram tu saja.😭

Itu baru 2 pengalaman. Hmmmm.....

Pengalaman kerja di spa pun ada. Tiba-tiba last minit tak datang, atau dah on the way, tapi lewat sampai. Even 10 minit saja lewatnya, tak boleh teruskan sesi, tak boleh refund - sebab asbab kelewatan tu nanti klien seterusnya akan terkesan, so penyelesaiannya adalah kena arrange hari lain.

Saya pernah kena last klien appointment pukul 5 petang, tapi dia sampai lewat, kemudian minta nak solat Asar dulu. Spa tutup pukul 6 petang... kisahnya, terpaksa lah beberapa orang stay kat spa sekejap. Nak claim OT pun tak boleh sebab alasannya appointment dia pukul 5, by right, by 6 shud be done. Hmmm......

*******

Sekarang dalam kepala saya...

Bila payment dibuat even 50% deposit, itu tanda serius lock slot dan saya dengan confident boleh susun jadual, rancang perjalanan, terus pack barang, travel ke rumah anda. Jika ragu-ragu, takpe, refund boleh dibuat 1 hari sebelum appointment. Kadang kita tak jangka anak tiba-tiba sakit, kita yang sakit, ada kecemasan, outstation, saya faham.

Saya hargai sangat-sangat. Terima kasih.πŸ™πŸ»

Photos from Urut & Masak J.A.'s post 30/06/2026

Terima kasih, sahabat.πŸ’•

Mungkin kedengaran jauh, tapi inilah satu-satunya sahabat saya sejak dari zaman PLKN yang masih berhubung. Seorang lagi sudah meninggal dunia asbab kanser.

Sambil-sambil jumpa, sambil-sambil urut. Kebetulan memang sahabat saya sakit badan waktu tu.

Terima kasih kerana support.

Antara servis urut badan yang ada:-

πŸ’ Urut Full Body 1 Jam = RM139
πŸ’ Urut Full Body 1 Jam 30 Minit = RM169
πŸ’ Urut Full Body 2 Jam = RM240

(Details urutan ada di setiap gambar untuk rujukan ye)

Semua ni dah termasuk caj transport.
**Sauna add-on RM5 untuk 10 minit.

Tapi once dah upgrade ke regular customer (ambil servis lebih dari 3x), harga-harga ini akan ada less.

Apapun boleh klik link kat komen @ Scan QR kat gambar untuk Whatsapp saya ye. Nak tanya apa-apa ke atau urusan book slot, jangan segan-segan.πŸ’•

πŸ“Lokasi: Rumah anda.

29/06/2026

Assalamualaikum w.b.t. & Selamat Pagi.πŸ’•

Sesulit apapun urusan kita, belajar bertenang, semoga kita tak pernah putus harap pada Allah. InsyaAllah pasti semuanya akan baik-baik buat kita semua.

Selamat berjuang.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Bangi?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Bangi

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anne Jae Kae posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Bangi.