Jabatan Kesihatan Negeri Kedah

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Health/Beauty, Jalan Kuala, Alor Setar.

Akaun Rasmi Baharu:
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah
Jalan Kuala Kedah
05400 Simpang Kuala
Alor Setar, Kedah

☎️: 04-7741000
πŸ’»: https://jknkedah.moh.gov.my

#jknkedah
#kedahsihat
#sihatitusaya

05/08/2026

π‰πŽπŒ ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇 πƒπ„πŒπ€πŒ πƒπ„ππ†π†πˆ

Demam Denggi: Ancaman Berterusan, Tanggungjawab Bersama

Rancangan Malaysia Hari Ini (4 Ogos 2026)

Panelis:
Dr. Nur Nadhirah binti Mesran
Pakar Perubatan Keluarga
Klinik Kesihatan Kapar

Kredit : TV3

05/08/2026

🏑 π‘π”πŒπ€π‡ ππ„π‘π’πˆπ‡ ππ„π‹π”πŒ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐔 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐒 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐒! 🦟

Ramai beranggapan rumah yang bersih sudah cukup untuk menghalang pembiakan nyamuk Aedes.

Hakikatnya,Β Aedes hanya memerlukan sedikit air jernih yang bertakungΒ untuk bertelur dan membiak, walaupun di tempat yang kelihatan bersih seperti dapur.

πŸ’§ Luangkan beberapa minit untuk memeriksa kawasan berikut:
βœ… Tadahan penapis air
βœ… Bekas simpanan air
βœ… Alas atau dulang rak cucian pinggan mangkuk
βœ… Cawan, botol atau bekas kecil yang terbiar
βœ… Bekas makanan dan minuman haiwan peliharaan
βœ… Bekas polistirena atau cawan plastik yang boleh menakung air

⚠️ Ingat! Sedikit air bertakung sudah memadai untuk menjadi tempat pembiakan Aedes dan meningkatkan risiko penularan demam denggi kepada keluarga anda.

πŸ’ͺ Jadikan amalanΒ 10 minit setiap mingguΒ untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes. Tindakan kecil hari ini mampu melindungi insan tersayang daripada ancaman denggi.

🏠 Rumah Bersih + Tiada Air Bertakung = Rumah Lebih Selamat daripada Aedes.



sihat

05/08/2026
05/08/2026

π“π„πŒπ”ππ”π€π‹ πŒπ„πƒπˆπ€ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π

Ayuh dengarkan temubual kesihatan

πŸ”ΈTarikh: 05 Ogos 2026 (Rabu)
πŸ”ΈMasa: 10.15 pagi hingga 10.30 pagi
πŸ”ΈMedia: Radio Langkawi fm
πŸ”ΈProgram: 15 minit
πŸ”ΈPanelis: YBrs. Puan Wan Saidatul Athirah binti Wan Mahussin, Pegawai Sains (Pemakanan) Klinik Kesihatan Kuah, Langkawi
πŸ”ΈTopik: Mengapakah Susu Ibu Tiada Penganti?

04/08/2026

ππ„πŒπ„ππ€ππ† πŠπ”πˆπ™ πˆππ“π„π‘π€πŠπ“πˆπ… πˆππ…πŽπ‘πŒπ€π’πˆ 𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇 πƒπ„πŒπ€πŒ πƒπ„ππ†π†πˆ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡ π’πˆπ‘πˆ 𝟏/πŸπŸŽπŸπŸ”

πŸŽ‰TAHNIAH diucapkan kepada pemenang dan terima kasih kepada semua yang menyertai.

Semoga semua mendapat ilmu dan manfaat daripada kuiz yang dijalankan.

Nantikan cabaran interaktif seterusnya...

Admin: Urusetia akan menghubungi pemenang pada hari esok untuk urusan penghantaran cenderamata ekskkusif.

04/08/2026

🚨 𝐖𝐀𝐒𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 πŠπ„πƒπ€π‡! πŠπ„π’ πƒπ„ππ†π†πˆ πŠπˆπ€π πŒπ„ππˆππ†πŠπ€π“! 🚨

Jangan ambil mudah, bahaya nyamuk Aedes ada di sekeliling kita.

Laporan terkini (setakat 4 Ogos 2026) menunjukkan terdapat beberapa lokaliti di Kedah kini mempunyai kes Demam Denggi.

Sila ambil perhatian dan tingkatkan kawalan jika anda berada atau berhampiran di kawasan seperti dinyatakan dalam infografik ini.

πŸ’ͺ TINDAKAN SEGERA KITA:
Nyamuk Aedes tidak memilih mangsa.

Jom luangkan masa 10 minit sahaja untuk lakukan aktiviti CARI & MUSNAHKAN tempat pembiakan jentik-jentik di dalam dan luar rumah kita sekarang! Imbas kod QR sediakan untuk memudahkan aktiviti.

πŸ›‘Ingat, Tiada Aedes, Tiada Denggi!

πŸ›‘Demam Denggi membawa MAUT

πŸ›‘Lindungi keluarga dan komuniti kita sebelum terlambat.

04/08/2026

[πŠπ„πŒππ„π π’π„ππ˜π”πŒ π‰πŠπ πŠπ„πƒπ€π‡]

π’π„ππ˜π”πŒπ‹π€π‡ π–πˆπ‘π€πŠπ” 😊

Dalam kesibukan melayani pesakit, mengejar masa dan menggalas pelbagai tanggungjawab, jangan lupa menghadiahkan senyuman.

Senyuman mungkin kelihatan kecil, tetapi impaknya sangat besar. Ia mampu menenangkan hati pesakit yang sedang risau, memberi semangat kepada rakan sekerja dan menjadikan suasana tempat kerja lebih positif.

Ya, kita juga manusia. Ada hari yang meletihkan, ada waktu yang menguji emosi dan ada ketika tekanan datang bertalu-talu. Namun, di sebalik semua cabaran itu, senyuman yang ikhlas mampu menjadi kekuatan untuk diri sendiri dan orang di sekeliling.

πŸ’™ Senyumlah... kerana senyuman anda mungkin menjadi ubat pertama yang diterima oleh seseorang hari ini.

Terima kasih kepada seluruh warga kesihatan yang terus berkhidmat dengan penuh dedikasi. Teruskan menyebarkan kebaikan, bermula dengan sebuah senyuman.

😊 Senyum itu mudah. Senyum itu ibadah. Senyum itu memberi harapan.

04/08/2026

🚨 πŠπ”πˆπ™ πˆππ“π„π‘π€πŠπ“πˆπ… πˆππ…πŽπ‘πŒπ€π’πˆ 𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇 πƒπ„πŒπ€πŒ πƒπ„ππ†π†πˆ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡ π’πˆπ‘πˆ 𝟏/πŸπŸŽπŸπŸ” 🦟

Jom sertai kuiz interaktif dengan imbas kod QR atau klik pautan disediakan.

Pautan: https://bit.ly/kuizinteraktifdenggi

πŸ“… π“πšπ«π’π€π‘: πŸ’ 𝐎𝐠𝐨𝐬 πŸπŸŽπŸπŸ” (π’πžπ₯𝐚𝐬𝐚)
πŸ• 𝐌𝐚𝐬𝐚: 𝟏.𝟎𝟎 𝐏𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠 – πŸ’.𝟎𝟎 𝐏𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠
πŸ“ 𝐏π₯𝐚𝐭𝐟𝐨𝐫𝐦: π…πšπœπžπ›π¨π¨π€ π‰πšπ›πšπ­πšπ§ 𝐊𝐞𝐬𝐒𝐑𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐒 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐑

πŸ“Œ Syarat Penyertaan:
βœ… Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang menetap di Negeri Kedah sahaja.
βœ… FOLLOW page Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.
βœ… LIKE dan SHARE 5 hantaran berkaitan Demam Denggi di page Jabatan Kesihatan Negeri Kedah. (Boleh buat awal ni)
βœ… Pastikan tetapan akaun Facebook anda adalah AWAM (Public).
βœ… Seorang peserta hanya layak menyertai sekali sahaja.
βœ… Pemenang dipilih berdasarkan peserta yang paling cepat dan tepat menjawab semua soalan.
βœ… Keputusan juri adalah MUKTAMAD.
βœ… Pemenang akan diumumkan pada 8.00 malam hari yang sama.

🎁Cenderamata Eksklusif disediakan kepada pemenang.

πŸ“œSijil penyertaan digital hanya akan diberikan kepada peserta yang berjaya menjawab sekurang-kurangnya 15 soalan disediakan dengan betul. Sijil akan dihantar secara automatik ke emel diberikan dalam tempoh 3 hari bekerja.

04/08/2026

🚨 πŠπ”πˆπ™ πˆππ“π„π‘π€πŠπ“πˆπ… πˆππ…πŽπ‘πŒπ€π’πˆ 𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇 πƒπ„πŒπ€πŒ πƒπ„ππ†π†πˆ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡ π’πˆπ‘πˆ 𝟏/πŸπŸŽπŸπŸ” 🦟

Adakah anda yakin mengetahui fakta sebenar mengenai Demam Denggi? πŸ€”

Inilah peluang anda untuk menguji pengetahuan, menambah ilmu serta memenangi Cenderamata Eksklusif daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kedah!

πŸ“… π“πšπ«π’π€π‘: πŸ’ 𝐎𝐠𝐨𝐬 πŸπŸŽπŸπŸ” (π’πžπ₯𝐚𝐬𝐚)
πŸ• 𝐌𝐚𝐬𝐚: 𝟏.𝟎𝟎 𝐏𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠 – πŸ’.𝟎𝟎 𝐏𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠
πŸ“ 𝐏π₯𝐚𝐭𝐟𝐨𝐫𝐦: π…πšπœπžπ›π¨π¨π€ π‰πšπ›πšπ­πšπ§ 𝐊𝐞𝐬𝐒𝐑𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐒 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐑

πŸ“Œ Syarat Penyertaan:
βœ… Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang menetap di Negeri Kedah sahaja.
βœ… FOLLOW page Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.
βœ… LIKE dan SHARE 5 hantaran berkaitan Demam Denggi di page Jabatan Kesihatan Negeri Kedah. (Boleh buat awal ni)
βœ… Pastikan tetapan akaun Facebook anda adalah AWAM (Public).
βœ… Seorang peserta hanya layak menyertai sekali sahaja.
βœ… Pemenang dipilih berdasarkan peserta yang paling cepat dan tepat menjawab semua soalan.
βœ… Keputusan juri adalah MUKTAMAD.
βœ… Pemenang akan diumumkan pada 8.00 malam hari yang sama.

Sijil Penyertaan Digital disediakan kepada peserta yang memenuhi syarat penyertaan.

🎁 Cenderamata Eksklusif menanti para pemenang!

πŸ’‘ Luangkan hanya beberapa minit untuk menyertai kuiz ini sambil menambah pengetahuan mengenai langkah-langkah pencegahan Demam Denggi. Bersama-sama kita menjadi masyarakat yang lebih peka dan membantu memutuskan rantaian penularan denggi di negeri Kedah.

03/08/2026

π‚π”πŠπ”π 𝐑𝐄𝐇𝐀𝐓 π“π€πŠ 𝐓𝐔?

Tidur yang mencukupi membantu tubuh memulihkan tenaga, menguatkan sistem imun, meningkatkan daya tumpuan serta menyokong kesihatan mental dan emosi.

Amalkan 5️⃣tip mudah untuk mendapatkan rehat yang berkualiti:

βœ… Kekalkan jadual tidur yang konsisten.
βœ… Hadkan penggunaan skrin sekurang-kurangnya 1 jam sebelum tidur.
βœ… Pastikan bilik tidur gelap, sunyi dan selesa.
βœ… Elakkan minuman berkafein dan makanan berat pada waktu malam.
βœ… Tenangkan diri dan fikiran sebelum tidur.

πŸ’™ Tidur yang berkualiti hari ini adalah pelaburan untuk kesihatan yang lebih baik pada hari esok.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Jalan Kuala
Alor Setar