UMZ Bioline Manufacturer

UMZ Bioline Manufacturer

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from UMZ Bioline Manufacturer, Beauty, cosmetic & personal care, No 18, Jalan Tiram 13, Taman Perindustrian Tiram Utama, Ulu Tiram.

Kilang OEM Skincare, Kosmetik, Minuman & Produk Kesihatan 🏭
Lebih 15 tahun membantu usahawan membina jenama sendiri.
βœ… GMP β€’ HALAL β€’ MeSTI β€’ HACCP β€’ ISO 22000 β€’ KKM

Photos from Produk OEM Bumiputera's post 06/10/2026
Photos from UMZ Bioline Manufacturer's post 22/09/2026

KURSUS KESEDARAN SPHM BERSAMA AL HAMRA

UMZ Bioline Manufacturer Sdn. Bhd. telah menganjurkan Kursus Kesedaran SPHM khas untuk para pekerja UMZ Bioline, dengan kerjasama dan penyampaian oleh pihak Al Hamra.

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan serta meningkatkan pemahaman para pekerja mengenai **Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM)**, termasuk kepentingan pematuhan terhadap keperluan dan prosedur halal dalam operasi syarikat.

Program seperti ini merupakan salah satu usaha UMZ Bioline dalam memastikan warga kerja sentiasa mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang baik berkaitan aspek halal, kualiti dan pematuhan dalam penghasilan produk.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Al-Hamra Management atas perkongsian ilmu dan penerangan yang diberikan. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dipraktikkan dalam tugasan harian dan memberi manfaat kepada seluruh warga UMZ Bioline.

Photos from UMZ Bioline Manufacturer's post 18/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ Sambutan Hari Malaysia Bersama Warga UMZ Bioline

Warga UMZ Bioline turut bersama-sama menyambut Hari Malaysia dengan penuh semangat dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia. Aktiviti menyanyikan lagu patriotik serta mengibarkan Jalur Gemilang menjadi salah satu cara kami menyemarakkan semangat cintakan negara dan menghargai erti perpaduan.

Hari Malaysia bukan sekadar sebuah sambutan, tetapi menjadi peringatan tentang pentingnya kebersamaan, keharmonian dan semangat untuk terus membina Malaysia yang lebih baik.

Daripada seluruh warga UMZ Bioline Manufacturer, kami mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia! πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

Semoga semangat perpaduan dan kecintaan kepada tanah air terus subur dalam diri kita semua.

15/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ 16 September | Hari Malaysia

Hari Malaysia bukan sekadar tarikh dalam kalendar. Ia memperingati pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, apabila Sabah dan Sarawak bersama-sama membentuk Malaysia dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Daripada pelbagai negeri, budaya dan latar belakang, kita berkongsi satu identiti iaitu Malaysia ❀️

Semoga kepelbagaian yang ada terus menjadi kekuatan, dan semangat untuk saling menghormati sentiasa menjadi sebahagian daripada kita.

Selamat Hari Malaysia 2026! πŸ‡²πŸ‡Ύ
Ikhlas daripada UMZ Bioline Manufacturer

Photos from UMZ Bioline Manufacturer's post 11/09/2026

πŸŽ‰ TAHNIAH TOP PERFORMER BULAN OGOS 2026! πŸŽ‰

Tahniah diucapkan kepada PN. HJH. NORZAITULLIZAM atas pencapaian sebagai TOP NEW SALES bagi bulan Ogos! πŸ†πŸ‘πŸ»βœ¨

Syabas juga kepada ENCIK AFNAN FAHIM yang berjaya merangkul TOP SAMPLE CLOSED bulan Ogos 2026! πŸ†βœ¨

Pencapaian ini adalah hasil daripada usaha, komitmen dan kerja keras yang konsisten. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melangkah lebih jauh dan mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. πŸ’ͺ🏻

UMZ Bioline Manufacturer
Together We Grow πŸš€

Photos from UMZ Bioline Manufacturer's post 11/09/2026

Jemputan Sebagai Penceramah Kursus Keusahawanan Koperasi

Pihak UMZ Bioline Manufacturer Sdn. Bhd. berbesar hati menerima jemputan daripada Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak, Cawangan Miri sebagai penceramah bagi Kursus Keusahawanan Koperasi: Potensi Perniagaan Produk OEM.

Kursus telah berlangsung pada 26–27 Ogos 2026 bertempat di Hotel Li Hua @ Bas Terminal, Bintulu, Sarawak.

Sepanjang program, peserta didedahkan kepada asas perniagaan OEM, proses pemprosesan produk, jenis mesin, kawalan mutu, pembungkusan, pensijilan serta pelabelan produk.

Terima kasih kepada pihak IKMa atas kepercayaan dan jemputan kepada UMZ Bioline untuk berkongsi pengalaman serta kepakaran dalam industri OEM.

UMZ Bioline Manufacturer
Together We Grow πŸš€

30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Semangat kemerdekaan bukan sekadar tentang sejarah, tetapi tentang menghargai keamanan, menyemai perpaduan dan bersama-sama membina masa depan yang lebih baik.

Semoga Malaysia terus maju, makmur dan sentiasa bersatu dalam kepelbagaian. β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›

Ikhlas daripada kami, UMZ Bioline.

Selamat Hari Kebangsaan!
Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka. πŸ‡²πŸ‡Ύ

24/08/2026

πŸŒ™ Salam Maulidur Rasul 1448H πŸŒ™

UMZ Bioline mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam. Semoga dengan memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kita terus meneladani akhlak, sifat mulia dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga kita sentiasa dilimpahi rahmat, keberkatan dan kasih sayang Allah SWT. 🀍

Allahumma salli β€˜ala Muhammad wa β€˜ala ali Muhammad. ο·Ί

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Ulu Tiram?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address

No 18, Jalan Tiram 13, Taman Perindustrian Tiram Utama
Ulu Tiram
81800

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UMZ Bioline Manufacturer posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Ulu Tiram.