Aura Spa Therapy & Wellness

Aura Spa Therapy & Wellness

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Aura Spa Therapy & Wellness, Beauty, cosmetic & personal care, Jalan Pusat Dagangan Sendayan 3, Pusat Dagangan Sendayan, Seremban.

Selamat datang ke Aura Spa Therapy & Wellness, ruang tenang khas untuk wanita Muslimah yang ingin merawat tubuh, minda dan jiwa dengan cara yang lebih alami dan penuh kasih sayang

"Aura Spa Therapy & Wellness kerana keindahan bermula dari dalam diri."

17/07/2026

Open slot untuk hari ini;

12.00 tgh
2.00 ptg
4.00 ptg

πŸ“ŒAura Aura Spa Therapy & Wellness
203 G, Jalan Pusat Dagangan Sendayan 3
Pusat Dagangan Sendayan
Bandar Sri Sendayan
71950 Seremban.
010 - 9315484

Booking Online πŸ‘‰πŸ‘‰
https://www.fresha.com/book-now/aura-therapy-wellness-ozwz514h/services?lid=2914382&eid=5150234&share=true&pId=28177

16/07/2026

Assalamualaikum..

Kita cuba buat vlog pulak.
Seronok pulak bila tengok vlog orang.
Kita pun cuba lah..

Alhamdulillah vlog episod 1 dah dikongsikan di TT Aura Aura Spa Therapy & Wellness..

Semuga ada manfaat dan kebaikannya..
Syukur Ya Allah..

09/07/2026

Selamat pagi dan salam hujung minggu.

Sebelum memulakan rutin hari ini, luangkan seketika untuk bertanya kepada diri sendiri...


"Apa yang telah saya lakukan untuk menjaga diri saya minggu ini?"

Kita sering sibuk memenuhi tanggungjawab terhadap keluarga, pekerjaan dan orang sekeliling sehingga terlupa bahawa diri kita juga memerlukan perhatian.

Berehat bukan bererti lemah.
Menjaga diri bukan bererti mementingkan diri.


Apabila tubuh lebih segar, minda lebih tenang dan emosi lebih stabil, kita akan lebih bersedia untuk menghadapi setiap cabaran dengan hati yang lapang.

Semoga hari ini dipenuhi ketenangan, kesyukuran dan kasih sayang.


Selamat datang ke Aura Therapy & Wellness β€” ruang untuk tubuh berehat, minda bertenang dan jiwa kembali segar.

Kongsikan di ruangan komen, apakah satu perkara yang anda lakukan hari ini untuk menghargai diri sendiri?

08/07/2026

Bilakah kali terakhir anda benar-benar berehat?"
Ramai orang menyangka...
Tidur = Berehat.

Sebenarnya tidak semestinya.
Ada orang tidur 8 jam...
Tetapi bangun masih letih.

Masih lesu.
Masih cepat marah.
Masih rasa badan berat.

Mengapa?

Kerana tubuh mungkin sedang tidur...
Tetapi sistem saraf tidak pernah benar-benar berehat.
Kita hidup dalam dunia yang terlalu laju.
Bekerja.
Mengurus keluarga.
Melayan telefon.
Berfikir tanpa henti.

Sehingga kita terlupa bahawa tubuh juga perlukan ruang untuk berhenti.

Kadang-kadang...
Yang kita perlukan bukanlah bercuti jauh.

Tetapi memberi peluang kepada tubuh untuk berkata...

"Aku selamat. Aku boleh berehat sekarang."

Itulah yang kami percaya.

Di Aura Therapy & Wellness...
Kami tidak sekadar menyediakan terapi.

Kami menyediakan ruang untuk tubuh, minda dan jiwa kembali berehat.

Kerana bila tubuh tenang...
Segala-galanya bermula dari situ.

Hari ini...
Saya ingin bertanya satu soalan kepada anda.

Bilakah kali terakhir anda benar-benar berehat?

Bukan sekadar tidur.
Tetapi bangun dengan rasa ringan, tenang dan segar.

Kongsikan di ruangan komen.
Saya ingin mendengar cerita anda.

14/06/2026

Ruang kecil yang kami sediakan dengan penuh kasih.

Tempat untuk berehat seketika daripada kesibukan hidup.

Tempat untuk melepaskan penat yang dipendam.

Tempat untuk memberi ruang kepada diri sendiri untuk kembali tenang.
Kerana kadang-kadang, yang kita perlukan hanyalah sedikit masa untuk diri sendiri.

14/06/2026

Kenali Pengasas

Assalamualaikum.

Saya Ummi Rose, pengasas Aura Therapy & Wellness.

Saya percaya bahawa setiap wanita berhak untuk hidup dengan jiwa yang tenang, emosi yang stabil dan keyakinan diri yang baik.

Sebab itu saya memilih untuk mendalami bidang terapi, penjagaan diri dan pembangunan potensi diri agar dapat membantu lebih ramai wanita kembali mengenali diri mereka.

Terima kasih kerana berada di sini..

Perkenalkan diri anda di ruangan komen ya.

13/06/2026

5 Minit Untuk Diri Sendiri

Kadang-kadang kita terlalu sibuk menjaga semua orang sehingga terlupa menjaga diri sendiri.

Hari ini, luangkan 5 minit untuk diri;

🌸 Tarik nafas perlahan-lahan
🌸 Beristighfar
🌸 Minum air kosong
🌸 Duduk dalam keadaan tenang
🌸 Ucap syukur atas nikmat hari ini

Jiwa yang tenang akan memancarkan aura yang positif.

Siapa yang perlukan peringatan ini hari ini? 😍😍

Komen saya di bawahπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

11/06/2026

Kami Kembali..

Assalamualaikum dan salam Jumaat yang penuh keberkatan.

Lama dah kami menyepi di page ini, namun perjalanan untuk membantu wanita menjaga emosi, aura dan kesejahteraan diri tetap diteruskan.


Hari ini Aura Therapy & Wellness kembali berkongsi ilmu, inspirasi dan terapi untuk membantu wanita mendapatkan ketenangan jiwa, keseimbangan emosi dan keyakinan diri..

Terima kasih kepada semua yang masih setia bersama kami. ❀️

Tulis "HADIR" di ruangan komen jika anda masih mengikuti page ini.

Terima kasuh yea🌹🌹🌹😍😍

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Seremban?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address

Jalan Pusat Dagangan Sendayan 3, Pusat Dagangan Sendayan
Seremban
71950

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aura Spa Therapy & Wellness posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Seremban.