Pejuang Sunyi Dan Tinitus
Catatan perjalanan seorang pejuang yg belajar menerima kehilangan pendengaran bersama Tinnitus dlm mencari makna di sebalik setiap ujian🌷
A little reminder to myself and you.. Stay strong, 🌷
Some seasons are for blooming..
Some seasons are for healing and sometimes it’s about resting when your body asks for it, being patient with the process, and trusting that brighter days will come. InsyaAllah.
Kita terlihat sama..
Tapi kita berbeza ..
Ada derita yang tak dicerita..
Ada tangis di balik ceria dan tawa..
Namun aku pejuang..
Bertarung bukan untuk menang,
Tapi demi sebuah erti ketenangan 🌷
Bunyi air hujan bukan sahaja mendamaikan malah berfungsi sebagai terapi bunyi (white noise) yang berkesan untuk menutupi (masking) bunyi desingan atau dengungan di dalam telinga. Kaedah ini membantu mengurangkan perbezaan antara bunyi tinitus dan suasana sekeliling, sekali gus meredakan tekanan dan membantu otak anda membiasakan diri. Boleh juga resound apps di waktu malam sebagai terapi sebelum tidur. Saya dengar ada beberapa apps lain juga menyediakan terapi sounds untuk pesakit Tinnitus. 🌷
22/06/2026
Part 3
Setiap kali keputusan audio test dikeluarkan oleh audiologist, dada saya akan berdebar kencang. Takut untuk berdepan kenyataan, tetapi itulah realiti yang perlu saya hadapi.
Part ini antara detik yang paling sukar untuk saya tulis semula, detik di mana saya sedar bahawa apa yang sedang berlaku bukan sesuatu yang kecil...
🤍
Alhamdulillah... Never give up on the battle within yourself, while always placing your ultimate trust tawakal in Allah🌷.
Bagi peminat durian yang menghidap Tinnitus kena hati-hati. Makan durian terlalu banyak boleh memburukkan lagi tinitus (telinga berdengung) secara sementara. Puncanya ialah kandungan gula dan kalium yang sangat tinggi di dalam durian boleh menyebabkan lonjakan gula dalam darah, tekanan darah tinggi, dan dehidrasi. Perubahan mendadak ini mengganggu aliran darah dan sistem saraf di dalam telinga. Sama2 kita saling mengingatkan 👌.
Ya. Kurang tidur boleh menyebabkan otak menjadi lebih sensitif terhadap bunyi tinnitus. Pada masa yang sama, tinnitus yang kuat juga boleh mengganggu tidur. Akibatnya, ramai yg mcm saya, terperangkap dalam satu kitaran yang susah diputuskan: kurang tidur → tinnitus lebih kuat → lebih susah nak tidur 😫
Siapa ada pengalaman sama?
Ya, boleh jadi bahaya especially bila paras gula dlm darah yang tinggi.. ia merosakkan salur darah dan saraf halus di dalam koklea (telinga dalam), serta mengganggu aliran darah yang membekalkan oksigen kepada struktur pendengaran. Bagi pesakit Sudden Sensorineural Hearing Loss (SSNHL), kawalan gula darah yang baik adalah penting kerana ia berpotensi mempengaruhi proses pemulihan pendengaran. Dari sini saya belajar bahawa proses pemulihan bukan hanya bergantung pada rawatan, tetapi juga bagaimana kita menjaga kesihatan secara menyeluruh🌷
Tahukah anda ikan salmon sangat baik untuk pesakit tinitus kerana ia kaya dengan asid lemak Omega-3 dan Vitamin B12. Nutrien ini membantu mengurangkan keradangan, melancarkan peredaran darah ke bahagian telinga dalam, serta mengekalkan kesihatan saraf pendengaran, sekali gus mengurangkan tahap berdesing dalam telinga. Makan sedap, khasiat pun dapat. Owh.. ni photos masa saya & dua sahabat saya sambut work anniversary kami kali yg ke 16 tahun di syarikat sama hari ni ,,🌷
Website
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when Pejuang Sunyi Dan Tinitus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.