D'zatul Natasha

D'zatul Natasha

Share

your writer from everything����

27/12/2023

Episod 2 : Tips mengelakkan masalah kewangan untuk anak muda

1) Minimumkan perbelanjaan ( minimumkan atau kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dan elakkan berada kerap di pusat membeli belah

2) Keperluan vs kehendak
Anak muda perlu ambil kira perkara yang perlu dan tidak perlu, jangan biarkan kehendak melebihi keperluan

3) Jauhkan berhutang yang tidak perlu, jangan sampai kita berbelanja melebihi kemampuan sehingga kita sanggup meminjam untuk berhutang.
Gaji 1500 belanja 1800 jadi ia sudahpun melebihi bajet bulanan kita

4. Rangka bajet bulanan. Semestinya kita mesti merangka bajet bulanan kita ke mana sepatutnya aliran tersebut keluar. Bukan kita belanja je ikut bajet s**a kita

5. Catat pengeluaran setiap bulan.
Kiranya kita catat segala perbelanjaan yang kita keluarkan, jadi daripada situ kita boleh tengok ianya dikeluarkan untuk keperluan atau kehendak kita.

6. Menabung
Menabung di tempat yang kos rendah seperti tabung haji/ASB. Dalam erti kata lain kita simpan dulu baru belanja bukan belanja dulu baru simpan.

7. Kita buat analisis bajet perbulan kita. Listkan pengeluaran dan dan belanja kita supaya kita tahu mengalir kemana duit itu pergi.

Betul bukan mudah untuk track duit kita pergi kemana, tapi at least kita usaha untuk tinjau perjalanan duit kita supaya ia tidak hilang entah kemana.

D’zatul Natasha
Pengurusan Kewangan Anda

25/12/2023

Episod 1 | Kesedaran menguruskan kewangan

Tak pernah pun terfikir nak amik tahu secara serious tentang pengurusan kewangan,

Tapi ada satu masa tu terjentik rasa hati nak amik tahu secara serious, sebab selalu tengok kewangan tu sedikit kelaut.

Terdetik tu mula rasa sebab rasa macam baru je dapat gaji, tapi bila dah settle bayar semua eh ni je baki yang tinggal?
Mula terdetik eh takkanlah kan.
Mula lah terbayang nak makan apa nii.
Kena cari passive income ni.

So bila dah sekali terdetik untuk take important dalam kewangan ni saya cuba kongsikan beberapa solusi selaku remaja ( konon ) macam tak sanggup nak tulis dewasa.
Tapi begitulah kehidupan.

Perkara pertama yang kena buat,
1. Bila dah start kerja, mulakan untuk biasakan menyimpan 10-20% dari gaji. Simpan di tempat yang risiko rendah seperti Tabung Haji ASB atau Fixed Deposit ( ini tersangat penting jika anda masih lagi single)

Kenapa kena simpan ?
Untuk kecemasan, sebab kita tak boleh nak expect apa-apa terjadi.

2. Jangan lupa untuk berikan pada ibu dan ayah. Kata cerdik pandai, jangan sesekali mengakhirkan mereka dalam urusan, ada sikit beri sikit ada banyak beri banyak. InshaAllah keberkatan mengiringi perjalanan kejayaan kamu.

3. Jangan sesekali apply personal loan untuk bantu keluarga, untuk bayar hutang keluarga atau mulakan bisness, travel dan sebagainya.

4. Ambil takaful untuk perlindungan kewangan. Hibah, medical card dan critical illness. Kebanyakan orang tak nampak ni sebagai aset yang sangat penting ( sometime orang hanya sedar when something happen )
Cari yang paling rendah pon tersangat ok dah 🥰.

5. Bila dah mula simpan duit kecemasan at least 6 bulan gaji, baru mula simpan di tempat lain seperti emas, unit trust or beli hartanah.

6. Berkawanlah dengan orang yang bijak dalam kewangan. Bukan apa inshaAllah duit awak pun tersimpan rapi bukan terkeluar tak jumpa lagi, haa gitu.

Kita semua masih muda masa nilah kita mesti nampak kepentingan menyimpan itu supaya kita tidak menyesal dikemudian hari.

So inilah sekadar tips yang boleh dikongsikan buat anda semua.

Semoga bermanfaat🥰

D’zatul Natasha
Masih belajar mengerti
Pengurusan kewangan anda 🌸

Photos from Nisa' Temerloh's post 09/12/2023
30/11/2023

Rindu untuk sampai lagi itu biasanya datang dari mereka yang pernah pergi.

Rasa tenang itu seringkali dirasai bila sampai ke bumi ini.
SubhanAllah tak terungkap dek kata-kata.
Seolahnya bila sampai hilang segala yang terbuku di dada. Hanya Allah yang mengetahui 🥹

Selalu doa semoga direzekikan sampai ke sini lagi dengan ibu ayah dan kakak’s family.
InshaAllah.

Dikesempatan ini saya ingin memberitahu kepada semua saya merupakan perunding umrah yang sah kepada satu syarikat In Saff Travel & Tours Sdn Bhd.
Sekiranya ada pertanyaan untuk hadir ke bumi haramain ahlan untuk bertaaanyaaa ☺️🤲🏻.

S**a berkongsi dan semoga dengan asbab peluang yang diberikan ini dapat lagi menjejakkan kaki ke sana biiznillah

Photos from D'zatul Natasha's post 26/11/2023

Cerita dengan bestie macam mana eh kita nak lajukan lagi kelas kita dan capai target untuk further lagi beberapa orang untuk cukupkan kuota.

Bestie jawab kita kena teruskan promot even yang like tu sorang 2 tapi yang lalu dekat wall tu ramai.

Saya pun apa lagi terus dan teruslah promot tapi masih tetap belum mencapai. Takpee sikit lagi struggle is real gaiss.

Alhamdulillah dikurniakan partner yang sangat tak putus semangat, even diri sendiri pun kadang ada turun naik, cuma yang kali ni direzekikan tak rasa jemu pun promot.
Rasa bersyukur sangat lagi-lagi bila tengok progress student kami yang ketara nampak perubahan walaupun baru 3 bulan bersama team kami.

Alhamdulillah. MasyaAllah.

So harini kita nak share satu lagi peluang untuk sama-sama grab peluang bersama kami dalam kelas pengajian Al-Quran Moh Ngaji bersama NB terr.

Kelas Talaqqi Al-Quran
🧕🏼Kanak-kanak perempuan sehingga dewasa ( tiada had peringkat umur )
👳🏻‍♀️Kanak-kanak lelaki sehingga 13 tahun ( dipertimbangkan jika lelaki dewasa dengan beberapa syarat )

Percuma seminar Kelas Feqh Darah Wanita ( basic kelas ) - If mencapai target student yang join. Boleh ajak lagi reramai.
YURAN Sekali jah seumur hidup 20 yaaaa.
……………………………………………………………
Eh shaaaaa…
Jauh ngelamun fikir apa?,”
Lah saya mengelamun ke?,”
Ingatkan saya tengah berpidato tadi 😂
……………

K bye 🫶🏻





Jom support anak muda cewahhh.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D'zatul Natasha posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Kuala Lumpur.