Persatuan Tenpin Boling Para Negeri Kedah
Mengenai Skuad Tenpin Boling Para Negeri Kedah
03/08/2026
SEKITAR PERLAWANAN PERSAHABATAN TENPIN BOLING ANTARA PARA KEDAH DAN KELAB KILAT ALOR SETAR
Sekitar aksi dan kemeriahan Perlawanan Persahabatan Tenpin Boling yang berlangsung antara Kelab Kilat Alor Setar dan Persatuan Tenpin Boling Para Negeri Kedah.
Program ini bukan sahaja mengeratkan ukhuwah dan semangat kesukanan, malah menjadi medan terbaik untuk meningkatkan keyakinan serta menguji tahap kesiapsiagaan atlet-atlet Para Boling Kedah menjelang Temasya Para SUKMA Selangor 2026.
Terima kasih Kelab Kilat Alor Setar atas sokongan dan kebersamaan. Ayuh Team Para Boling Kedah, terus berjuang dan buru kejayaan! πͺπ³
03/08/2026
UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
Persatuan Tenpin Boling Para Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kelab Kilat Alor Setar, Kedah atas keprihatinan serta sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang disalurkan kepada persatuan.
Sumbangan berupa wang tunai ini amat bermakna dalam membantu persiapan atlet-atlet Tenpin Boling Para Negeri Kedah bagi menghadapi Temasya Para SUKMA Selangor 2026 yang akan berlangsung pada bulan September nanti.
Bersempena penyampaian sumbangan tersebut, turut diadakan perlawanan persahabatan tenpin boling yang menghimpunkan ahli-ahli Kelab Kilat Alor Setar bersama atlet-atlet Tenpin Boling Para Negeri Kedah. Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak, malah turut menyuntik semangat, keyakinan dan motivasi kepada atlet para kedah dalam menghadapi kejohanan yang bakal tiba.
Semoga jalinan kerjasama dan sokongan yang diberikan ini menjadi pemangkin kepada semangat para atlet untuk terus berjuang, mengharumkan nama Negeri Kedah serta mencapai kecemerlangan di pentas Para SUKMA.
Buat seluruh kontinjen Tenpin Boling Para Negeri Kedah, teruskan berlatih dengan penuh disiplin, semangat juang dan keyakinan. Bawalah nama Negeri Kedah dengan penuh kebanggaan, berikan yang terbaik di gelanggang, dan buktikan bahawa tiada halangan yang mampu membatasi tekad serta keazaman untuk mencipta kejayaan.
Ayuh....!!!Team Para Boling Kedah, kita buru kejayaan dan hadiahkan yang terbaik buat negeri tercinta.. ππππ
27/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H πβ¨
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita. Hayatilah erti pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang dalam setiap langkah kehidupan.
Salam Aidiladha daripada PTBPKedah buat seluruh umat Islam. Maaf zahir dan batin. π€π
20/03/2026
Salam Aidilfitri πβ¨
Persatuan Tenpin Boling Para Negeri Kedah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua.
Semoga Syawal kali ini membawa kegembiraan, keberkatan dan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita.
Ikhlas daripada,
Persatuan Tenpin Boling Para Negeri Kedah
18/02/2026
Selamat Menyambut Ramadan 1447H / 2026M
Selamat Berpuasa kepada semua. Semoga Ramadan kali ini menjadi medan untuk meningkatkan ketakwaan, memperbanyakkan amal kebajikan serta mempereratkan silaturahim dalam kalangan kita.
Ikhlas daripada
Persatuan Tenpin Boling Para Negeri Kedah
02/02/2026
Team Tenpin Boling Para Negeri Kedah,
Latihan berterusan Team Para Sukma Kedah dengan semangat juang yang tinggi dan tekad untuk terus melangkah ke hadapan.
Setiap usaha hari ini adalah asas kepada kejayaan esok hari. Teruskan berjuang, Kedah sentiasa di belakang kalian. πͺπ₯
Latihan Rasmi 2026
06/01/2026
Tahun 2026, Semangat baru
Latihan rasmi Team Para Boling Kedah telah diadakan dengan penampilan beberapa bakat bakat baru yang akan digilap untuk membawa kejayaan bagi Team Boling Para Kedah.
SELAMAT TAHUN BARU 2026
βTahun baharu, azam baharu. Terus melangkah dengan disiplin, fokus dan semangat juang yang tinggi. Semoga tahun 2026 membawa kejayaan dan kecemerlangan buat para atlet.
Fokus, berani dan berdisiplin π³
Langkah yakin, kejayaan menanti π³β
13/10/2025
Happy Belated Birthday Coach Shahardi Hamzah Takuyakimuraboy
πππππππππ
Click here to claim your Sponsored Listing.